Menjadi pemain yang memenangi dua kejuaraan liga dalam satu musim bukanlah perkara mudah, tetapi ia berjaya direalisasikan oleh pemain sayap kelahiran Georgia iaitu Khvicha Kvaratskhelia.
Sebelum menyertai Paris Saint-Germain (PSG) yang dinobatkan selaku juara Ligue 1 2024/25 pada 5 April 2025, pemain sayap lincah itu beraksi bersama kelab Serie A, SS Napoli.
Baca Juga:
- PSG Terlalu Kaya Dan Dominan Antara Faktor FFF Mahu Wujudkan Premier League Versi Perancis
- Luis Enrique Nafi Beritahu Arteta Bahawa Arsenal Lebih Bagus Daripada PSG
- Presiden PSG Ucap Tahniah Kepada JDT Dan Tunku Ismail
Dua Kejuaraan Liga Bersama Kelab Berbeza
Bersama Napoli yang dibimbing Antonio Conte, Kvaratskhelia telah membuat 17 penampilan dimana ia sudah cukup untuk membolehkannya menerima medal kejuaraan meskipun sudah berhijrah.
Pada ketika itu, beliau berjaya meledakkan lima gol dan mencipta tiga bantuan jaringan buat skuad Partenopei tersebut.
Walaupun hilang ayam tambatan tersebut, Napoli menyerap tekanan dengan baik sehingga berjaya mengejar Inter Milan pada saat akhir untuk menjuarai liga dengan hanya kelebihan satu mata.

Menyertai PSG dengan tanda harga $72 juta, Khvicha Kvaratskhelia tidak menunggu lama untuk menjadi sandaran utama buat pengendali pasukan, Luis Enrique.
Ia jelas dibuktikan dengan 24 penampilan serta enam dihasilkan dan lima bantuan jaringan telah disumbangkan pemain berusia 24 tahun itu.
Selepas dua kejuaraan dimenangi, Kvaratskhelia berpeluang untuk menambah dua lagi piala apabila PSG mara ke final UEFA Champions League (UCL) 2024/25 dan French Cup.