Ketua jurulatih skuad kebangsaan, Peter Cklamovski menyatakan seramai tiga pemain warisan bakal tiba di Malaysia minggu hadapan dengan difahamkan proses pendaftaran sedang berada di peringkat terakhir.
Menurut perkongsian wartawan Astro Arena iaitu Fina Nasrom, pemain Sabah FK iaitu Jon Irazabal merupakan salah satu calon pemain warisan negara.
Baca Juga:
- Faisal Halim Kembali Sertai Skuad Negara, Tiada Pemain Warisan Baharu Hadapi Nepal
- Indonesia Diperkuat Tiga Pemain Warisan Baharu
- Proses Pasport Pemain Warisan Dari Belanda Di Peringkat Akhir
Pemain Warisan Bakal Sertai Kem Latihan Pusat

Menurut Cklamovski lagi, pemain warisan berkemungkinan besar akan menyertai kem latihan pusat menjelang kelayakan Piala Asia 2027 minggu hadapan.
“Proses untuk pemain warisan baharu di peringkat akhir, saya rasa berita yang positif akan diumumkan pada minggu depan. Siapa pun yang bermain di atas padang, mereka adalah pemain Malaysia.
“Saya difahamkan kertas kerja di peringkat akhir dan mungkin pasukan kebangsaan akan membuat pengumuman mungkin minggu depan,” katanya yang akan memulakan kem latihan pusat pertama pada Isnin ini.

Jon Irazabal merupakan pemain berusia 28 tahun yang beraksi di posisi pertahanan kiri dan beliau juga boleh diturunkan sebagai pemain pertahanan tengah.
Irazabal banyak di Sepanyol sebelum beliau menyertai Sabah FK pada 2022. Selain pasukan Azerbaijan itu, beliau juga pernah beraksi untuk Amorebieta, Leioa, Eibar B dan Mirandes.
Skuad kebangsaan akan berdepan Nepal pada aksi pertama kelayakan Piala Asia 2027 di Stadium Sultan Ibrahim pada 25 Mac ini.
Berikut merupakan senarai penuh barisan 27 pemain yang dipanggil untuk menyertai kem latihan pusat skuad kebangsaan:
Penjaga Gol
1) Syihan Hazmi
2) Kalamullah Al-Hafiz
3) Haziq Nadzli
Pertahanan
4) Daniel Ting
5) Dion Cools
6) Harith Haiqal Adam Afkar
7) La’vere Corbin-Ong
8) Matthew Davies
9) Quentin Cheng
10) Safwan Mazlan
11) Shahrul Saad
12) Ahmad Zikri Khalili
Pemain Tengah
13) Afiq Fazail
14) Endrick Dos Santos
15) Nazmi Faiz Mansor
16) Natxo Insa
17) Nooa Laine
18) Safawi Rasid
19) Stuart Wilkin
20) Syameer Kutty Abba
Penyerang
21) Akhyar Rashid
22) Arif Aiman Mohd Hanapi
23) Faisal Halim
24) Haqimi Azim Rosli
25) Paulo Josue
26) Romel Morales
27) Mohamadou Sumareh