Johor Darul Ta’zim (JDT) sekali lagi membuat kejutan apabila mengumumkan ketibaan tonggak import baharu dari Perancis, Enzo Lombardo bagi memperkuatkan jentera tengah pasukan itu.
Ini adalah pemain baharu yang kedua diperkenalkan oleh JDT selepas mereka mengumumkan ketibaan tonggak pertahanan import dari Korea Selatan, Park Jun Heong, semalam.
Baca Juga:
- Ini Rahsia Bangsa Cina Simpan Duit Yang Semua Orang Boleh Ikut
- Mengapa Pengguna CIMB Tidak Perlu Panik Dengan Servis DuitNow
- 5 Tanda Status Kewangan Anda Lebih Baik Daripada Kebanyakan Individu Lain
Menerusi video yang disiarkan di laman sosial rasmi kelab, JOHOR Southern Tigers, bekas pemain Real Mallorca berusia 27 tahun itu akan memakai jersi ‘nombor 7’ yang sebelum ini disarung pemain termahal Liga Malaysia (Liga M), Jalil Elias.
Welcome to the Home of the Southern Tigers, Enzo Lombardo!#NewSigning#EnzoLombardo #LuaskanKuasamuJohor pic.twitter.com/0eSstJSzRQ
— JOHORSouthernTigers (@OfficialJohor) July 28, 2024
Khidmat pemain yang kaya dengan pengalaman di eropah itu diperlukan JDT bagi menghadapi pusingan kedua saingan Liga Malaysia musim ini dan juga aksi Liga Juara-Juara Elit Asia (ACLE).
Ketika ini, JDT mempunyai tiga pemain import di bahagian tengah iaitu Juan Muniz, Francisco Geraldes dan Heberty sambil dibantu oleh beberapa pemain tempatan lain seperti Nazmi Faiz, Hong Wan, Afiq Fazail dan Natxo Insa.
Difahamkan Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) telah menghapuskan kuota bagi pemain luar untuk saingan di peringkat kelab (ACLE, ACL2, ACGL) bermula musim 2024/2025.
Ini membolehkan skuad kendalian Hector Bidoglio itu membawa masuk lebih ramai pemain import untuk digunakan dalam saingan peringkat Asia meskipun tidak dibenarkan di peringkat liga domestik.