Nick Kyrgios, salah satu nama besar dalam dunia tenis Australia, bukan sahaja dikenali kerana bakatnya sebagai pemain tenis yang hebat tetapi juga kerana susur galur unik keluarganya.

Dengan darah Malaysia mengalir dalam dirinya, Kyrgios sentiasa bangga dengan akar keluarganya yang mempunyai kaitan dengan keluarga diraja Pahang.

Keturunan Diraja Pahang: Ibu Kepada Pemain Tenis Ini Adalah Seorang Tengku

Menurut laporan ABC, ibu kepada pemain tenis Nick Kyrgios, Norlaila, dilahirkan sebahagian daripada keluarga diraja Pahang dengan gelaran “Tengku”.

Namun, dalam usia 20-an, beliau membuat keputusan berani untuk melepaskan gelaran diraja dan berpindah ke Australia demi mencari peluang baru.

Nick Kyrgios
Sumber: The Australian

Di sana, beliau bertemu dengan bapa Nick, George Kyrgios, seorang pelukis berbangsa Greek, dan kemudiannya menjadi seorang jurutera komputer.

Norlaila sering menekankan betapa Nick sangat rapat dengan keluarga Malaysia dan kerap melawat negara ini.

Selepas kemenangan bersejarah Nick ke atas Rafael Nadal di Wimbledon 2014, Norlaila berkongsi dengan media Malaysia tentang kebanggaan keluarga terhadap pencapaian anaknya.

“Nick sangat rapat dengan keluarga Malaysia. Dia pernah bermain tenis di Cameron Highlands ketika kami melawat Malaysia. Saya mahu rakyat Malaysia bangga dengan kejayaan Nick Kyrgios kerana darah Malaysia mengalir dalam dirinya,” kata Norlaila.

Kyrgios dan Hubungannya dengan Malaysia

Walaupun dilahirkan dan dibesarkan di Canberra, Australia, Nick Kyrgios dan menjadi pemain tenis yang hebat di mata para peminat, Nick sentiasa mengekalkan hubungan erat dengan warisan Malaysia.

Beliau kerap melawat keluarga besarnya di Gombak dan terlibat dalam tradisi serta budaya Malaysia.

Pada April 2024, Kyrgios dan teman wanitanya, Costeen Hatzi, melawat Malaysia.

Pemain tenis
Sumber: The Age

Mereka berkunjung ke mercu tanda ikonik seperti Menara Berkembar Petronas dan Batu Caves.

Kyrgios juga memakai baju Melayu tradisional dan berkongsi gambar di Instagram dengan kapsyen, “Orang selalu lupa separuh Greek separuh Malaysia… Kygs dalam baju Melayu penuh.”

Lawatan itu bersempena dengan sambutan Hari Raya Aidilfitri, di mana Kyrgios menyambut perayaan tersebut bersama keluarganya di Malaysia.

Prestasi di Australian Open 2025

Kembali ke gelanggang Grand Slam selepas sekian lama, Nick Kyrgios menghadapi cabaran besar di Australian Open 2025.

Beliau tewas dalam pusingan pertama kepada pemain Britain, Jacob Fearnley, dalam straight sets.

Perlawanan ini menandakan kemunculan semula Kyrgios di kejohanan Grand Slam sejak 2022, selepas berehat kerana kecederaan.

Nick Kyrgios
Sumber: SportPro

Lumrah menjadi atlet atau pemain tenis, walaupun mendapat sokongan padu penonton tempatan, Kyrgios menghadapi masalah fizikal dan memerlukan rawatan perubatan kerana kecederaan abdomen.

Dalam sidang media selepas perlawanan, beliau menyatakan keraguan tentang masa depannya dalam perseorangan kerana cabaran fizikal yang berterusan.

Dalam acara beregu, Kyrgios dan rakan sepasukannya, Thanasi Kokkinakis, terpaksa menarik diri kerana kecederaan.

Pasangan yang digelar “Special Ks” ini tidak dapat meneruskan perlawanan kerana masalah kesihatan masing-masing.