Pemain ternama yang beraksi di Eropah mula memberikan sokongan mereka terhadap Palestine selepas serangan yang dilakukan oleh regim zionis ke atas Rafah baru-baru ini.
Jika sebelum ini ramai pemain yang berdiam diri mengenai pembunuhan beramai-ramai yang dilakukan zionis ke atas rakyat Palestine, kini perkara sebaliknya berlaku dimana mereka mula bersuara dan mahu keganasan ini segera dihentikan.
Baca Juga:
- AFC Sokong Palestine, Mahu FIFA Gantung Israel
- Lima Negara Berusaha Keras Pastikan FIFA Gantung Israel
- Legenda Kelab EPL Ini Dikecam Selepas Menang Liga Dengan Kelab Israel
Antara pemain yang menyatakan sokongan mereka ialah pemain sayap Paris Saint-Germain, Ousmane Dembele dimana beliau memuat naik gambar menerusi laman media sosial Instagram miliknya yang bertulis “All Eyes On Rafah”.
🚨🚨🚨🚨🚨🚨🚨🚨🚨🚨
Ousmane Dembélé, Former Barcelona & PSG player supports Palestine via Instagram and posts about what happened in Rafah 👏🏻🇵🇸. pic.twitter.com/7aQVOksFXL
— KinG £ (@xKGx__) May 28, 2024
Perkara sama turut dilakukan oleh pemain lain seperti bekas pemain tengah Manchester United, Paul Pogba, penyerang Chelsea, Nicholas Jackson dan pemain pertahanan Arsenal, William Saliba.
I love how all football players are finally starting to speak about Palestine. Nicolas Jackson, Saliba, Pogba, Kounde and so many.
All players except of course our very brave players. To be honest, the only player i’m disappointed by is Rudiger which i don’t understand what… pic.twitter.com/WkNUSFB3Db
— OB (@GhostRMCF) May 28, 2024
Pemain wanita juga tidak ketinggalan dimana pemenang Ballon d’Or yang juga beraksi bersama Barcelona, Aitana Bonmatí turut memberikan sokongan kepada rakyat Palestine.
🚨🚨🚨🚨🚨🚨🚨🚨🚨🚨
The Female Barcelona Player & Ballon d'Or winner Aitana Bonmatí, supports Palestine on Instagram and posts about what happened in Rafah 🇵🇸👏🏻. pic.twitter.com/8RotTToy53
— KinG £ (@xKGx__) May 28, 2024
Masyarakat dunia mengutuk Israel ekoran serangan yang membunuh 45 penduduk di sebuah kem di Rafah yang menempatkan penduduk Palestin yang kehilangan tempat tinggal, Ahad lalu.
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menerusi Majlis Keselamatannya memanggil mesyuarat tergempar mengenai serangan di Rafah itu, dan Setiausaha Agung PBB Antonio Guterres mengecam apa yang disebutnya sebagai serangan yang membunuh ramai orang awam yang tidak berdosa yang hanya mencari perlindungan daripada konflik maut ini.
“Tiada tempat selamat di Gaza. Serangan ngeri ini mesti dihentikan,” kata Guterres dalam catatan media sosial.
Sementara itu, Kesatuan Eropah (EU) oleh Ketua Dasar Luar EU, Josep Borrell berkata, beliau terkejut dengan berita yang keluar dari Rafah mengenai serangan Israel yang membunuh berpuluh-puluh orang yang kehilangan tempat tinggal, termasuk kanak-kanak kecil.
“Saya mengutuk perkara ini sekeras-kerasnya,” katanya.