Sebuah Toyota Alphard nyaris kemalangan apabila tayar lori terpelanting terbang ke belakang.
Bagaimanapun pemandu MPV itu berjaya mengelak dengan masuk ke lorong bertentangan.
Baca Juga:
- Ferrari, Mercedes, Toyota Alphard Kena Simbah ‘Cecair Putih’
- Netizen Pertikai VIP Langgar Peraturan, Ini Sebab Banyak Vellfire, Alphard Guna Nombor Plat Putih
- Pemilik Dakwa Kereta Alphard Kena ‘Hack’, Dibawa Lari Dalam Masa 7 Minit Sahaja
Video insiden itu dirakam daripada dashboard kenderaan yang berada di belakang. Pemandu kereta itu berjaya mengelak tayar lori yang melantun ke arahnya.
@eikehwann Niat pasang dashcam risau ape2 jadi dekat thailand. Kene dkt Perak dulu. #dashcam #accord #nearmiss
Video yang dimuat naik TikTok @eikehwann itu mendapat reaksi daripada warganet.
Menurutnya, dashcam baru dipasang itu bagi tujuan keselamatan seandainya apa-apa berlaku ketika berada di Thailand nanti.
Bagaimanapun dia tidak sangka berhadapan dengan kemalangan berlaku di Perak. Toyota Alphard itu merupakan kereta ayahnya.
Tambahnya lagi, kedua-dua kenderaan tidak mengalami apa-apa kerosakan daripada insiden yang berlaku itu.
Difahamkan terdapat satu lagi kereta ahli keluarganya berada di belakang.
“Nasib baiklah jadi waktu pagi-pagi. Jalan kosong, belakang pun kereta keluarga juga tapi jauh,” kata TikTok @eikehwann.
Netizen menyatakan betapa pentingnya jaga jarak semasa memandu kenderaan kerana ia dapat membantu pemandu bertindak seandainya ada apa-apa berlaku.