Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Norhizam Bahaman menyatakan pihaknya telah berjaya mengesan memandu Perodua Axia dengan membawa muatan melebihi secara berbahaya di Jalan Dengkil-Banting, semalam.
Memetik Harian Metro, pihak polis mengesan video tular di Facebook kira-kira jam 10 pagi semalam.
Baca Juga:
- Polis Thailand ‘Sekolahkan’ Pemandu Civic Type R, Mercedes Dari Malaysia Hormati Undang-Undang Jalan Raya
- ‘Cukup Bukti, Kami Dedah’ – Ketua Polis Kelantan Beri Amaran Keras Kepada ‘Influencer’, ‘Founder’ Kosmetik
- Pasangan Kekasih Lari Daripada 14 MPV Polis Sejauh 96 Kilometer
Kemudian, pemandu tersebut ditemui kira-kira satu jam selepas itu di Jalan Dengkil-Banting.
“Hasil siasatan awal mendapati pemandu kereta berkenaan yang juga warga tempatan berusia 59 tahun mempunyai lesen memandu yang sah manakala kenderaan terbabit juga mempunyai dokumen perjalanan yang lengkap.
“Siasatan turut mendapati pemandu berkenaan pernah terbabit kemalangan jalan raya beberapa tahun lalu hingga menyebabkan dia mengalami masalah di bahagian kepala. Alasan diberikan (dia) tidak berapa sihat (berhubung kejadian),” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
@nik_norlly85 Axia merah power , lain macam.#axiamerahpower #axia #axiamerah #barangaxia2025
Pemandu Axia dijamin ahli keluarga
Memetik Harian Metro lagi, lelaki berkenaan sudah dijamin oleh keluarganya dan kereta berkenaan ditahan mengikut Seksyen 60 Akta Pengangkutan Jalan 1987 untuk tujuan pemeriksaan dan tindakan lanjut.
“Pihak Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sepang sedang menjalankan siasatan menyeluruh dan orang ramai dinasihatkan supaya tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh mengganggu proses siasatan.
“Polis juga menyeru orang ramai supaya terus menyalurkan maklumat berkaitan aktiviti atau kelakuan yang membahayakan pengguna jalan raya melalui saluran rasmi Polis Diraja Malaysia (PDRM),” katanya.