Negara kita baru sahaja menempuhi episod hitam kemalangan bas yang meragut 15 nyawa penuntut UPSI namun masih wujud segelintir pemandu yang masih berperilakuan seperti biasa seolah-olah tidak mengambil iktibar daripadanya.
Tular di media sosial mengenai sebuah video yang memperlihatkan pemanduan secara berbahaya oleh sebuah bas komersial di lebuhraya utama.
Di dalam video itu, seorang pemandu bas bukan sahaja didakwa membawa selaju 140 km/j di laluan kanan malahan menghimpit beberapa kenderaan lain.
Pemandu itu juga membawa dengan agresif dengan memotong kereta lain tanpa memberi isyarat dengan kelajuan tinggi walaupun keadaan jalan dipenuhi kenderaan lain.
Yang lebih menyakitkan hati lagi apabila pemandu itu sedia menayang jari tengah kepada pengguna jalan raya yang hon sebagai teguran pada ketika itu.
– Bawak laju macam orang gila
– Himpit kenderaan lain
– Tunjuk jari tengah
Nama syarikat jelas….no plet jelas….
Lagi spesis pemandu bas memandu secara merbahaya … Bas yang sama lak tu
Kredit Video : Himpunan Cerita Lawak (FB) pic.twitter.com/FK1MlPjuEt
— MYNEWSHUB (@mynewshub) June 12, 2025
Tindakan pemandu bas itu langsung dibidas oleh orang ramai yang mana merasakan ia sudah melampui batas dan bakal menjadi punca kepada kemalangan yang serius.


Dalam pada itu, ramai mahu syarikat pengendali bas dan pemandunya disiasat oleh pihak berkuasa susulan terpampang jelas nombor plat dan nama syarikat apatah lagi bila sejumlah netizen mendedahkan sudah selalu terjadi isu dengan syarikat berkenaan