Pemandu e-hailing atau pengangkutan awam lain seringkali digelar duta kecil sesebuah negara. Ini kerana peranan yang mereka mainkan, di mana mereka boleh membantu mempromosikan negara mereka kepada pelancong asing.
Namun tindakan seorang pemandu e-hailing di Malaysia ini benar benar mengecewakan netizen. Di mana dia sanggup memburukkan negara sendiri dan menyuruh pelancong dari England pergi sahaja ke Thailand.
Dia menerima tempahan pelancong dari England yang berada pada hari pertama mereka di Malaysia.
Pelancong itu memuji Pulau Pinang sebagai pulau yang cantik.
Pemandu itu terus mencelah: “Selepas Pulau Pinang, kamu boleh pergi ke Langkawi dan kemudian tiada lagi tempat dituju.”
Pelancong tersebut sebenarnya masih berminat mahu tahu tentang Langkawi. Namun pemandu itu terus memburukkan Malaysia.
Dia malah mencadangkan pasangan pelancong itu dapatkan visa terus ke Thailand sahaja. Pelancong itu menyatakan mereka sebenarnya pernah melancong ke Thailand.
“[Saya suka Thailand] ianya seperti syurga.” kata pemandu teksi itu lagi.
Dia menyatakan bahawa di Thailand barulah seronok untuk menjalani kehidupan.
“Di sini, sepatutnya boleh berseronok, namun kerana ianya negara Muslim, mereka nak kami [yang non muslim] mengikut suruhan agama mereka. Ia tidak adil, betul tak?” tegas pemandu itu meluah.
Pelancong itu kedengaran simpati mendengar rintihannya.
Pemandu itu meneruskan: “Oleh kerana mereka [muslim] tidak minum [arak], tidak berjudi, jadi mereka mengharamkan semua aktiviti minum minuman keras dan berjudi. Jadi tiada hiburan di sini.”
Pelancong itu menjawab: “Oh itu tidak seronok lah.”
Pemandu itu terus galak memburukkan lagi negara Malaysia: “Ianya seperti duduk di dalam hutan, dalam gua. Bermain dengan binatang.
“Saya tak faham pemikiran muslim di Malaysia ini. Kamu lahir ke dunia ini, maka kamu patut berhibur.”
Dia kemudian bertanya sama ada pasangan pelancong itu sudah cuba makan Bak Kut Teh. Pelancong itu mahu tahu apakah Bak Kut Teh?
Dia berkata: “Bak Kut Teh adalah makanan Cina, ada babi, sangat sedap, kamu harus cuba.”
Pemandu itu kemudian memperkenalkan dirinya sebagai Henry. Dan dia menyatakan dia seorang yang suka bermain judi.
Netizen mempersoalkan jati diri pak cik Henry. Di mana dia dengan selamba memfitnah dan memburukkan negara sendiri.
Mantap uncle type-c ni burukkan malaysia dekat pelancong , mmg takda jati diri langsung dekat negara sendiri.
Mendidih bila dengar pic.twitter.com/HViO0G6TPp
— mhmmdhsm (@mhmmdhsm) June 4, 2024
Seterusnya, Grab Malaysia juga cuba menyiasat kes itu, jika benar pemandu itu adalah pemandu Grab.
Terima kasih Fariz! Mohon sesiapa sekiranya dapat atau mengetahui butiran driver (no plate kereta dsb), sila DM kami di social media (FB, IG atau X) untuk kami lakukan semakan dan tindakan susulan yang perlu. Terima kasih! – Betty
— Grab Malaysia (@GrabMY) June 4, 2024
Ramai yang meminta PDRM mengambil tindakan ke atas uncle Henry kerana terang terangan menyentuh isu 3R.