Isu Honda dan ‘tidak bayar tol’ boleh dikatakan salah satu perkara wajib berlaku setiap tahun di negara ini. Baru-baru ini seorang wanita berkongsi rakaman video di TikTok bagaimana seorang pemandu Honda Civic ‘cucuk’ belakang keretanya kerana mahu mengelak daripada membayar tol.
Pada awal video tersebut sebuah Honda Civic berwarna silver mengundur kereta untuk memberi laluan kepada wanita berkenaan. Sejurus kereta wanita mula bergerak keluar dari plaza tol, pemandu Honda itu segera memecut keretanya rapat dengan kereta hadapan untuk melalui tol secara ‘percuma’.
Baca Juga:
- Didakwa Mahu Lalu Secara Percuma, Pemandu Honda Ini Nekad Rempuh Palang Tol
- Orang Ramai Puas Hati Lihat Honda City ‘Kantoi’ Tak Lepas Menyelit Mahu Elak Bayar Tol
- Pemandu Proton X50 Lari Bayar Tol Ditahan, Selesaikan Tunggakan RM57.50 Serta Merta
https://www.tiktok.com/@nhm0312/video/7152899854547701018?is_copy_url=1&is_from_webapp=v1
Netizen mengecam tindakan pemandu Honda Civic itu kerana menjadi penceroboh tol dengan mengambil kesempatan terhadap orang lain.
Pada masa sama netizen turut berasa sedikit geram terhadap pemandu kerana ‘tersalah langkah’, bergerak terlalu perlahan dan tidak berhenti selepas palang sehingga menyebabkan kereta Honda Civic itu dapat melalui tol tersebut secara percuma.
Buat malu geng Honda. Tangkap ini 2 orang 😖 https://t.co/18wF28OZEh
— Prasantth (@prasantth_) October 13, 2022
hahahaha sedih nak bayar tol pun tak boleh. Ke kereta sewa? 😂 https://t.co/5cFTNp2otS
— nis (@__frznh) October 13, 2022
Lemah la sistem. Driver depan dah slow pun Honda tu boleh lepas palang. https://t.co/dRaDo43vDu
— Safwan (@L0Lomu) October 13, 2022
Ada juga netizen cuba ‘berprasangka baik’ dengan menyatakan mungkin pemandu Honda itu tertinggal kad Touch N Go atau kehabisan duit.
Bagaimanapun wanita tersebut menolak pandangan tersebut kerana menurutnya, dia langsung tidak nampak pemandu Honda itu membuka tingkap cuba mengeluarkan kad untuk membayar tol semasa kejadian itu berlaku.
Pada tahun lalu, ada pemandu Honda lebih ekstrem apabila dia nekad langgar palang untuk mengelak daripada dikenakan membayar tol.
Untuk makluman semua, individu yang melakukan pencerobohan tol dan mengelak daripada membayar tol boleh didakwa bawah Seksyen 8 Akta Jalan Persekutuan 1984 (Pengurusan Persendirian), yang akan mengenakan hukuman denda antara RM2,000 dan RM5,000 jika disabitkan kesalahan.
*Ikuti Facebook dan Instagram VOCKET CAR CLUB untuk ketahui perkembangan dan isu semasa automotif dari dalam dan luar negara.