Pemandu Honda Jazz yang merempuh 2 remaja sehingga maut disahkan tiada lesen memandu.

Sebelum ini tular video menunjukkan sebuah kereta dipandu laju gagal untuk berhenti di lampu isyarat merah telah merempuh 2 remaja yang lain yang menunggang motosikal.

Netizen mengecam tindakan pemandu Honda Jazz tersebut yang dianggap sebagi membahayakan pengguna jalan raya lain serta meragut nyawa orang lain.

Pemandu Honda Jazz ‘langgar’ lampu merah

Kejadian berlaku pada Khamis lalu. Dua mangsa yang dilanggar ialah Muhammad Aidil Ramdan Abdullah, 15, dan Muhammad Aswari Lotpi, 16. Kedua duanya maut di tempat kejadian.

Penumpang Honda Jazz serta 2 orang penunggang motosikal Honda Vario disahkan cedera parah dan menerima  rawatan di  Hospital Tuanku Jaafar, Seremban.

Polis mengesahkan pemandu Honda Jazz itu berusia 18 tahun, bukannya 15 tahun seperti didakwa netizen di media sosial.

Polis mennyatakan bahawa buat masa ini, kes masih disiasat dan berharap orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi tentang perkara tersebut.

accident

“Kami masih menjalankan siasatan lanjut, dan orang ramai diharap tidak membuat spekulasi tentang perkara terssebut, kerana ia boleh mengganggu proses siasatan, dan pada masa yang sama, mahu menjaga sensitivi mereka yang berkenaan,” tegas Ketua Polis Serembah, Asisten Komisioner Mohamed Hatta Ce Din.

hatta
Jatta Che Din – FOTO BERNAMA

Beliau menambah, kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 – menurut laporan Astro Awani.

Kakak kepada pemandu Honda Jazz tersebut meminta orang ramai mendoakan adiknya agar cepat sembuh.

Kakaknya mengangap semua ini ujian pada bulan yang mulia, bulan ramadan. Dia menulis di media sosial:

“Cepat sembuh ya adikku. Semua takdir Allah, ujian pada bulan mulia. Rindu nak tengok kau senyum dik.”

ig