Baru sahaja dibebaskan selama 20 minit, pemandu lori batu kerikil terlibat dalam nahas yang menyebabkan kematian 9 anggota Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU), telah ditahan sekali lagi.
Ini kerana pemandu lori tersebu kini tersabit dengan kes curi lembu. Pemandu lori itu awalnya dibebaskan dengan jaminan mahkamah. Dia dibebaskan dengan jaminan RM6,000 oleh seorang penjamin.
Pemandu lori tersebut digantung lesen memandunya sehingga kes mahkamahnya selesai. Dia turut diminta melapor diri setiap miggu di balai polis.
Pemandu lori sempat bebas 20 minit sahaja
Malangnya, baru 20 minit bebas, pemandu lori tersebut telah ditangkap sekali lagi.
Pemandu lori berusia 45 tahun itu ditahan oleh polis dari Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bagan Datuk di pejabat kaunter pembayaran jamin sekitar jam 12.20 tengah hari pada Isnin – menurut Sinar Harian.
Kini lelaki tersebut, polis akan memohon tahanan reman ke atasnya untuk membantu siasatan kes curi lembu pula. Untuk kes curi lembu ini, kes disiasat mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan.
Suspek akan dibawa ke Mahkamah Majistret Teluk Intan esok, 20 Mei, untuk permohonan reman tersebut.
Suspek kes curi lembu
Menurut lapora, lelaki tersebut telah dikaitkan dengan kes kecurian lembu di Hutan Melintang, Bagan Datuk pada April yang lalu.
Pada Jumaat lalu, tertuduh, Rudi Zulkarnain Mat Radi mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Teluk Intan atas sembilan pertuduhan yang dikemukakan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
@malaysiagazette Lelaki Langgar Trak FRU Ada Kes Curi Lembu #MGFlash Baru 20 minit dibebaskan dengan jaminan mahkamah, pemandu lori muatan batu kerikil yang didakwa menyebabkan kematian sembilan anggota Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) minggu lalu ditahan semula. #malaysiagazette #nahasFRU
Tertuduh didakwa memandu secara berbahaya, sehingga menyebabkan kematian kepada S Perumal, 44; Mohd Roslan Abd Rahim, 46; Mohd Pozli Jaudin, 41; Nurit Pandak, 34; Amiruddin Zabri, 38; Mohamad Hilmi Mohd Azlan, 38; Muhamad Akmal Muhamad, 35; Damarrulan Abdul Latif, 33; dan Akmal Wafi Annuar, 28.
Kejadian tragedi menggemparkan rakyat Malaysia itu berlaku di Kilometer 15 Jalan Sungai Manik pada kira kira 9.05 pagi pada 13 Mei 2025.