Tular satu rakaman video seorang pemandu Ford 4×4 merakam sebuah Toyota Vios didakwa telah menghimpit beberapa kenderaan lain, sebelum ia telah memasuki lorong bertentangan sehingga berlanggar dengan Nissan Navara.
Sejurus perlanggaran itu terjadi, pemandu Ford itu segera turun daripada keretanya dan terus menuju ke arah pemandu Toyota Vios terbabit. Semasa berhadapan dengan pemandu itu, dia kelihatan seperti pening dan tidak boleh bertutur dengan baik.
Dia menafikan dirinya mabuk dan menanya semula kepada pemandu Ford, bagaimana kemalangan tersebut boleh berlaku.
UPDATE: Pakcik Navara alami gegaran 0tak. Dimasukkan ke HRPB utk rawatan susulan.
— Travel Jimat (@TravelJimat) April 29, 2022
Perkongsian video itu telah membuatkan orang ramai tertanya-tanya bagaimana pemandu Toyota Vios itu boleh memandu dalam keadaan tidak berapa sedarkan diri.
Ada yang mendakwa dia bawah pengaruh bahan terlarang pada ketika itu, namun ada juga yang mendakwa mungkin dia sedang memandu dalam keadaan sakit sewaktu kejadian.
pernah ada satu kes driver lori langgar kereta belakang sbb sakit jantung. perempuan tu tuduh dia mabuk. https://t.co/FWFjuy1pDK
— adhamtrose (@adhamtrose) April 30, 2022
Teringat satu video arwah abang lori kena tuduh mabuk padahal kena heart attack. Bertalu-talu kena marah padahal tengah nazak tahan sakit.
— j o h n . d o l (@JohnDol83) April 29, 2022
Sharing2 pic.twitter.com/QeSt3QG4Do
— drmummy (@drmummy) April 29, 2022
Pak cik yang memandu Navara itu dimaklumkan telah dimasukkan ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) untuk mendapatkan rawatan susulan selepas hasil rawatan awal mendapati dia mengalami gegaran otak.
Netizen mendoakan agarkan pak cik tersebut segera sembuh sihat seperti biasa dan pihak polis dapat melakukan siasatan lanjut terhadap pemandu Vios terbabit.
* Ikuti VOCKET CAR CLUB melalui Facebook dan Instagram untuk ketahui perkembangan dan isu semasa automotif dari dalam dan luar negara.
Dalam kemalangan lain pula, seorang pemandu Proton Exora didakwa melarikan diri selepas berlakunya kemalangan antaranya dengan sebuah motosikal.
‘Tidak Ada Hati Perut’ – Pemandu Proton Exora Lari Tinggalkan Mangsa Selepas Jadi Punca Kemalangan
Gara-Gara Tidak Sempat Brek, Penunggang Motosikal ‘Naik Angin’ Dakwa Lancer Jadi Punca Perlanggaran
Langgar Lampu Isyarat Merah Depan Sekolah, Ativa Kena ‘Sebat’ Dengan Kakak RELA