Seorang pemandu Myvi telah bertindak mengacukan pisau ke arah polis yang mahu membantu mengeluarkannya daripada kereta setelah dia terlibat kemalangan.
Pemandu Myvi tersebut membuat tindakan yang mengejutkan polis kerana dia mengancam mahu mencederakan polis yang cuba membantunya.
Sebelum itu pemandu tersebut yang memandu dari Kuching ke Kota Samarahan telah melanggar 4 kenderaan yang lain sehingga hilang kawalan dan terbabas.
Polis cuba membantu pemandu tersebut keluar daripada keretanya. Namun diacukannya dengan pisau pemotong sayur.
Anggota polis yang cuba membantunya itu kelihatan terkejut dengan tindakan agresif lelaki itu ketika dia membuka pintu.
Dipetik daripada BH Online, Ketua Polis Daerah Kota Samarahan, Deputi Superintendan Jaimi Husin, berkata: “Ketika anggota polis cuba memberi bantuan dan mengeluarkan pemandu itu dari kenderaannya, tiba-tiba individu berkenaan mengacu pisau pada mereka.
“Lelaki terbabit cuba ditenangkan tetapi gagal memberikan kerjasama.”
Justeru lelaki berusia 24 tahun itu ditahan. Pisau yang digunakannya untuk menakutkan polis juga dirampas. Suspek kini direman untuk membantu siasatan lanjut mengikut Seksyen 427 dan Seksyen 506 Kanun Keseksaan serta Seksyen 6(1) Akta Bahan-bahan Kakisan dan Letupan dan Senjata Berbahaya.
@sinarharianonline Seorang lelaki ditahan selepas mengacukan pisau ke arah anggota polis yang cuba membantunya akibat terbabit kemalangan di Jalan Expressway Samarahan-Kuching, berhampiran sebuah pusat beli-belah Kota Samarahan, Sarawak pada Sabtu. Ketua Polis Daerah Kota Samarahan, Deputi Superintendan Jaimi Husin berkata, kejadian berlaku jam 11.35 pagi apabila anggota dari Unit Peronda Polis (MPV) dikerahkan ke lokasi selepas menerima maklumat mengenai Perodua Myvi terbabas di tepi jalan. “Semasa anggota polis cuba memberikan bantuan dan mengeluarkan pemandu dari kenderaannya, tiba-tiba dia mengacukan pisau ke arah mereka. “Lelaki terbabit cuba ditenangkan namun gagal memberikan kerjasama. Bagaimanapun atas bantuan bomba, dia berjaya ditahan,” katanya. SinarHarian SinarTerkini VideoViral