Pada hari semalam tular satu rakaman video pasangan remaja membuat aksi ‘wheelie’ hingga menyebabkan kerosakan pada sebuah Myvi berwarna putih.

Kejadian itu berlaku di hadapan sebuah stesen minyak di Teluk Ketapang, Kuala Nerus kelmarin dan Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Azli Mohd Noor, berkata pihaknya menerima laporan yang dibuat pemandu Perodua Myvi pada jam 9.10 malam, lapor Buletin TV3.

Baca Juga:

Beliau berkata, kejadian dipercayai berlaku ketika pemandu wanita berusia 23 tahun itu dalam perjalanan dari arah Dataran Austin menghala ke Teluk Ketapang manakala motosikal Honda EX5 yang ditunggang seorang lelaki bersama pembonceng wanita datang dari arah Jalan Kem Askar menghala ke arah Teluk Ketapang.

“Sebaik tiba di lokasi kejadian, penunggang motosikal yang datang dari arah bertentangan itu membuat aksi ‘wheelie’ dan terjatuh sebelum melanggar kereta dipandu wanita itu.

“Bagaimanapun, penunggang dan pembonceng motosikal bertindak melarikan diri selepas kejadian itu manakala pemandu wanita terbabit membuat laporan polis untuk tindakan lanjut.

“Kita sedang mengesan penunggang dan pembonceng motosikal yang terbabit dalam kemalangan itu dengan kes disiasat dibawah Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” jelas beliau.

Sumber