Tular satu klip video menunjukkan sebuah kereta mewah terbabas ditinggalkan di tengah-tengah jalan raya.

Menerusi video dimuat naik Facebook Mohd Khayal, sebuah Porsche berwarna merah sudah terbalik di tengah-tengah jalan. Kereta tersebut menutup satu lorong, mengganggu laluan trafik.

Baca Juga:

“Tolonglah, kau touge ramai-ramai, lepas itu bila kemalangan kau biar saja kereta tengah jalan. Mana kawan-kawan kau? Tolonglah jaga trafik, last-last budak-budak motor juga yang tolong cover, kawan-kawan lesap,” kata Mohd Khayal dalam hantaran video tersebut.

Menurut beberapa komen yang ditinggalkan warganet, mereka mendakwa ada berselisih dengan kereta Porsche itu yang dipandu laju.

Warganet menegur tindakan pemandu yang tidak bertanggungjawab itu dan berharap pihak berkuasa mengambil tindakan.