Walaupun bulan Ramadan merupakan bulan yang mulia dan umat Islam tidak digalakkan membuat tindakan yang boleh mengurangkan pahala, masih ada individu yang tidak boleh mengawal tingkah laku daripada memarahi orang lain.
Satu video yang dikongsikan semula oleh Twitter @AsyrafRosli_ telah mencuri orang ramai. Dalam video berdurasi 17 saat itu, seorang pemandu Proton Persona dirakam memaki pengguna jalan raya lain dengan perkataan kurang enak didengari.
Baca Juga:
- Dakwa Sekadar ‘Gurauan’, Iqbal Mohon Maaf Pakai Telekung Sambil Tayang Pakaian Dalam Wanita
- Jiran Tidak Mahu Kalah Hias Rumah, Netizen Geli Hati Lihat Suasana ‘Perang’ Lampu Raya Lip-Lap
- Menu Buffet Hotel Sikit Dan Tidak Berbaloi, Luahan Kekecewaan Wanita Ini Cetus Perbualan Netizen
Pada awal video berkenaan, pemandu Persona itu dilihat membawa kereta secara terhoyong-hayang seperti ‘orang mabuk’ sehingga menyebabkan kereta yang merakam kejadian itu tertanya-tanya apakah terjadi kepadanya.
Dengar cerita Kak Yong Seremban ni Keras. pic.twitter.com/MmIGAg7X0c
— AsyrafJr | iPhone Repair (@AsyrafRosli_) April 9, 2023
Apabila kereta yang merakam video memotong kereta Persona itu, pemandu Persona berkenaan mengucapkan perkataan kesat sekuat hati.
Tindakan wanita berusia itu mengundang tanda tanya netizen apa yang menyebabkan dia begitu marah sehingga memandu terhoyong-hayang dan memarahi pengguna jalan raya lain.
Makcik apeni bulan2 puasa caruttt https://t.co/sAu6jAO1dp
— 💫 (@NanaGaly) April 10, 2023
Betul lah kata orang. Kita ni dah habis sopan atas jalan tapi tetap kene hadap lahnat2 macam ni atas jalan. https://t.co/W8ErSM41Ri
— sulirslan (@nslnrsln) April 9, 2023
Dah tua2 pun🤦🏻♂️🤦🏻♂️ astaga https://t.co/yyZkE1ySKD
— zaem (@Zaemzzz1) April 9, 2023
Bawak reta macam orang gila tiba2 babikan orang pulak🤣🤣🥲 https://t.co/0DLFLhh46V
— ainna (@ainnaasifa4_) April 9, 2023
Dalam pada itu ada yang berpendapat, pasti ada ‘perkara awal’ yang terjadi di antara kedua-dua kereta sehingga berlaku kejadian tersebut berhampiran Aeon Big Seremban 2, Negeri Sembilan.
Orang ramai diminta tidak melakukan perkara sedemikian kerana ia boleh mengundang kemalangan yang tidak sepatutnya berlaku.