Seorang lagi pemenang peraduan cabutan bertuah Honda Day 2024 tampil meminta Remy Ampang bertanggungjawab di atas hadiah yang diberikan.

Nama Remy Ampang terus menjadi bualan ramai kerana banyak kontroversi melibatkannya berkaitan dengan hadiah Honda Day 2024.

Dan kini seorang lagi pemenang ‘laki dro’ tampil. Lelaki tersebut mendakwa dia adalah pemenang cabutan bertuah untuk hadiah ketiga berupa sebuah enjin K24  Type R.

Lelaki bernama Aimran menulis: “Hadiah ke-3 lucky draw Honda Day Malaysia 2024. Katanya enjin K24 ‘Type R’, sampai sekarang masih tak dapat surat enjin.

“Ada sesiapa yang tahu, betulkah ini enjin K24 Type R?

“Pemenang hadiah ke-3 pun kena aniaya. Surat beranak untuk enjin tu pun tak ada. Macamana nak pasang nanti JPJ tak lepas [luluskan], enjin wiring pun tak ada untuk test start, entah hidup entah tidak.

“Bengkel kereta semua tak mahu ambil risiko risau nanti jadi besi buruk. Dalam enjin langsung tak ada minyak. Bau usuk minyak lama karat ade lah. Mohon Remy Ampang bertanggungjawab dengan hadiah ‘laki dro’ ke-3 ni. Jangan buat senyap bro. Lu padu lu bagi surat engine. Lu padu lu ganti hadiah baru.”

Aimran kemudian berkongsi keadaan enjin itu.

“Engine K24 Type R seperti dinyatakan di dalam akaun tiktok official Honda Day Malaysia 2024.”

Pemenang Hadiah Ketiga Honda Day 2024 Tampil Seru Remy Ampang: "Betul Ke Ni Enjin K24 Type R"

“Keadaan enjin yang dapat hadiah lucky draw kononnya K24 ‘Type-R’.”

“Keadaan pulley yang berkarat, belting pon takde.”

Pemenang Hadiah Ketiga Honda Day 2024 Tampil Seru Remy Ampang: "Betul Ke Ni Enjin K24 Type R"

“Cover atas sahaja spray merah kononnya Type R.”

Pemenang Hadiah Ketiga Honda Day 2024 Tampil Seru Remy Ampang: "Betul Ke Ni Enjin K24 Type R"

“Selubung dengan kotak dekat sebelah stage sebab malam tu hujan.”

Pemenang Hadiah Ketiga Honda Day 2024 Tampil Seru Remy Ampang: "Betul Ke Ni Enjin K24 Type R"

“Enjin dibiarkan di tapak event, Remy Ampang dan krew ada datang Sepang untuk bersihkan tapak event langsung tak pedulikan enjin yang kononnya type R tu,” jelas beliau.

Pemenang Hadiah Ketiga Honda Day 2024 Tampil Seru Remy Ampang: "Betul Ke Ni Enjin K24 Type R"