Seorang pemilik premis perniagaan yang disewakan kepada syarikat GISBH Holdings (GISBH) di Bandar Country Homes, Rawang mendakwa kumpulan itu pernah bayar sewa walaupun diminta sejak lebih 10 tahun lalu.
Memetik Harian Metro, lelaki berusia 50an itu menyatakan telah menanggung kerugian ratusan ribu ringgit. Kerugian itu melibatkan dua premis miliknya yang terletak di tingkat satu bangunan empat tingkat berkenaan disewakan kepada syarikat itu untuk dijadikan restoran.
Baca Juga:
- Bekas Ahli GISBH Dapat RM5,000 Untuk Mulakan Hidup Baharu
- Pemilik Restoran ‘Sedih’ Tiada Lagi Kek Donut Dari GISBH Undang Pelbagai Reaksi Netizen
- ‘Berhenti Nyanyi Lagu GISBH, Boleh Terpesong Akidah’ – Timbalan Mufti Kelantan
“Saya beli premis ini ketika awal pembinaan lagi sebelum mereka bertapak di sini. Mereka kemudian minta untuk sewa premis saya dengan kadar bulanan kira-kira RM1,000 bagi setiap unit.
“Bagaimanapun, hanya peringkat awal saja mereka bayar dan selepas itu mereka tidak pernah bayar. Saya ada datang tuntut sewa tapi ‘dihalau’ oleh beberapa orang menyebabkan saya sudah takut nak datang lagi,” katanya kepada Harian Metro.
Memetik laporan itu lagi, seorang lelaki dipercayai ahli GISBH mendakwa pihaknya tidak membayar sewa premis dengan nilai wang sebaliknya secara pertukaran barangan (sistem barter).
“Kita memang tak bayar (wang) sebab kita bayar dengan ‘kontra’ barang,” katanya.
Sementara itu, pemilik premis menyatakan dia masih belum dapat memasuki premisnya untuk pemeriksaan buat masa ini kerana masih berkunci dan perlu membuat laporan polis terlebih dahulu.
Pada masa sama dia tidak dapat berhubung dengan penyewa terbabit. Dia berpendapat mungkin penyewa dalam tahanan polis atau telah menghilangkan diri.