Miss Grand International merupakan satu pertandingan kecantikan antarabangsa yang telah diadakan sejak tahun 2013. Apabila sebut pertandingan peringkat antarabangsa mestilah peserta mewakili negara mereka.
Untuk pengetahuan anda, Miss Grand Malaysia diwakili oleh Mel Dequanne Abar dan telah memakai pakaian yang mengetengahkan ciri-ciri wayang kulit. Apa yang tidak enak didengar adalah apabila ada peminat yang mendakwa pakaian tersebut adalah hak milik budaya Indonesia.
Menerusi perkongsian di page Facebook Miss Grand Malaysia, jelas mengatakan bahawa pakaian yang dikenakan adalah diadaptasi daripada Hikayat Seri Rama yang tidak asing lagi dalam kalangan masyarakat Melayu di Kedah dan Kelantan. Hikayat Seri Rama adalah cerita yang berasal dari Siam.
Berikutan itu, berlaku sedikit pendebatan dalam kalangan netizen kerana ada yang mendakwa pakaian yang bercirikan wayang kulit itu telah disahkan oleh UNESCO menyatakan bahawa ia hak milik budaya Indonesia.
https://twitter.com/Kath09927895/status/1181602900839034880
Isu ini telah mendapat perhatian ramai pihak dan mereka telah berdebat mengenai hal ini. Akan tetapi, ada juga yang tidak melenting dan mengatakan bahawa Malaysia dan Indonesia serumpun dan tidak mustahil berkongsi sedikit sebanyak budaya berikutan penembungan budaya.
Kalau nak klaim , bahasa yang kita pakai sehari2 pun sama persis. So, sama saja kalian marah org Malaysia menggunakan bahasa Melayu..Kerana di Indonesia juga menggunakan bahasa melayu dan mmpunyai rakyat suku kaum melayu..😅
— Billie Jean 🇮🇩/🇲🇾 (@KakFiera) October 9, 2019
Wayang kulit bukan hanya ada di Indonesia.
Di negara China, India, Nepal, Turki, juga ada versinya yang tersendiri.
It doesn't matter originnya dari Indonesia, atau UNESCO certified. Kita ini segara berjiran, jadi semestinya ada persamaan dalam budayanya.
— Picky (@pickyhn) October 8, 2019
Coba lihat pak gambaran patung pada bajunya,
Melambangkan pemakaian zaman dahulu,
Pemakaian diraja SENUSANTARA,
Patung itu lambang pada kerajaan lama yang merangkumi
Malaysia
Indonesia
Thailand
Jadi tiada permasalahan,
Indo boleh pakai,
Malaysia boleh pakai,
Thai boleh pakai.— SANG KASIH (@sirkulangka17) October 8, 2019
https://twitter.com/sepzaphora/status/1181658517284933632
Apa pandangan anda mengenai isu ini? Tidak silap kami, pertandingan Miss Grand International 2019 ini akan berlangsung pada hari esok.
Sebelum ini, hal yang sama turut terjadi di Mister Global 2019. Klik pautan di bawah untuk ketahui lebih lanjut.
Peminat Indonesia ‘Claim’ Pakaian Kebangsaan Peserta Malaysia Di Mister Global 2019
Kerana ‘Malaysian Rendang’ Laman Twitter Tottenham Hotspurs Diserang Peminat Indonesia