Peminat Manchester United di Malaysia kesal difitnah Amad Diallo yang menuduh mereka menghina ibu pemain itu.

Berita itu malah dikongsikan oleh portal besar seperti Daily Mail. Di media sosial peminat bola sepak global mengecam peminat Manchester di Malaysia sebagai kurang ajar kerana menghina ibu Amad Diallo.

Amad Diallo sebelum ini mempertahankan tindakannya memberikan isyarat lucah kepada peminat Man United di Malaysia. Dia akui tidak sesekali menyesal berbuat demikian.

Amad berkata: “Saya hormati semua orang kecuali mereka yang menghina ibu saya.

“Saya tidak parut bertindak balas sedemikian namun saya tidak menyesal atas tindakan saya.

“Kami seronok di Malaysia bersama orang yang baik.”

Peminat Manchester United di Malaysia benar benar kecewa dengan Amad Diallo. Mereka membayar sehingga ribuan ringgit untuk pakej khas bertemu pemain, malangnya mendapat jari tengah daripada Amad Diallo.

Tidak cukup dengan itu, kalah pula di tangan ASEAN All Stars yang hanya berlatih dua kali. Dan kini difitnah Amad Diallo pula.

Peminat kemudian memuat naik video jarak dekat kejadian itu. Jelas sekali peminat Manchester United hanya bersorak nama pemain dengan girang. Ini termasuk Amad Diallo.

Pemain itu keluar dari bas dan terus menunjukkan isyarat lucah.

@ahmdhakimi

Replying to @Maverick we only addressed him as Amad, with no disrespect intended. Thank you Bruno el capitan, Mason, Casemiro, Jonny ⚪️🔴

♬ original sound – ahmdhakimi – ahmdhakimi

Lantas peminat berharap video ini dapat membersihkan nama peminat Man United Malaysia yang difitnah Amad Diallo. Peminat berharap Man United membuat kenyataan rasmi tentang apa yang berlaku.

Mereka juga berharap pegawai media Manchester United cawangan Malaysia mengutarakan perkara ini.

Peminat Manchester United Kecewa: Sudah Kalah, Dapat Jari Tengah, Kini Difitnah Amad Diallo

Ada yang mempertahankan tindakan Amad kerana menurut mereka pemain itu tak suka dipanggil Diallo.

Namun peminat menganggap hujah itu tak masuk akal. Kerana Amad sendiri meletakkan nama Diallo di platform media sosial miliknya.

Peminat Manchester United Kecewa: Sudah Kalah, Dapat Jari Tengah, Kini Difitnah Amad Diallo

Mereka menganggap Amad Diallo berlagak jadi mangsa selepas membuat benda tidak sepatutnya.