Peminat Manchester United akur jika Bruno Fernandes mahu menyertai Al Hilal, kerana menurut mereka kelab mereka sangat teruk pada ketika ini.
Menamatkan saingan Liga Perdana Inggeris di tangga ke-15, gagal memenangi sebarang trofi, termasuk kalah di tangan Spurs pada final UEL yang lalu, peminat sudah sedia menerima kehilangan Bruno Fernandes.
Bruno Fernandes menjadi – mungkin – satu satunya pemain berkelas dunia dalam skuad United pada hari ini. Dia sentiasa menunjukkan aksi terbaik setiap musim.
TERKINI: Bruno Fernandes Sedia Tinggalkan Manchester United Selepas Kekalahan Di Final UEL
Bruno Fernandes menanggung beban di bahunya untuk skuad yang jelas bergelut dengan prestasi dalam beberapa musim terakhir walaupun sempat memenangi beberapa piala domestik.
Namun dalam saingan seperti EPL dan UCL, Man United gagal. Mereka gagal layak ke UCL sekali lagi musim hadapan.
Al Hilal dilaporkan sedia untuk membayar £80 juta untuk mendapatkan pemain berusia 30 tahun itu.
Dia turut ditawarkan gaji £700 ribu seminggu di kelab Saudi tersebut. Pakej keseluruhan gaji dan bonus Bruno Fernandes mencecah £200 juta, tanpa dikenakan sebarang cukai.
Menurut Ben Jacobs, ejen Bruno Fernandes sudah terbang ke Saudi untuk membincangkan perkara itu. Dan rundingan dikatakan positif. Bruno Fernandes sedia mempertimbangkan untuk keluar daripada Manchester United walaupun kelab itu masih mahu mengekalkannya.
Bruno Fernandes agent Miguel Pinho travelled to Saudi Arabia this week to meet with Al-Hilal and speak to president Fahad bin Nafel.
Discussions, described by Hilal sources as "productive", took place at the Four Seasons in Riyadh, and talks ran late into the evening.
Hilal… pic.twitter.com/dvtMjGVqpU
— Ben Jacobs (@JacobsBen) May 29, 2025
Peminat United akui agar perit untuk menerima kehilangan Bruno Fernandes kepada kelab Arab Saudi dengan harga £80 juta, namun tawaran tersebut sangat baik untuk Fernandes secara peribadi, memandangkan usianya sudah 30 tahun.
Laman United Faithfuls menulis: “Ya, Bruno Fernandes dah [dikira] pergi, dan saya tak boleh nak salahkan dia kalau dia nak pergi. Kita seperti najis, dan dia ditawarkan kontrak £700 ribu seminggu pada usianya 30 tahun.

“Tak ramai pemain bola sepak yang akan menolak tawaran seperti iitu.”
Sementara Sami menulis: “Kehilangan Bruno Fernandes untuk £80 juta pada usianya 30 tahun dengan tawaran £700 ribu seminggu, sukar untuk ditelan.
“Namun saya akan faham kenapa dia nak pergi. Masih juga sukar diterima..
“Man United benar benar tidak terurus sejak akhir akhir ini.”
Man, losing Bruno Fernandes for £80M at 30 with that £700k a week offer is tough to swallow, but I get why he’d go. Still, it stings—United’s been a mess lately. 💔 What do you think about this move?
— Sami Nathaniel (@NathanielSami) May 30, 2025