Peminat bola sepak rata rata menganggap FIFA sebagai tidak adil dengan tidak meletakkan nama Mohamed Salah dalam senarai pencalonan untuk Pemain Terbaik Dunia FIFA Best 2024.

Ramai yang menganggap ini satu lagi bukti bahawa Mohamed Salah kurang dihargai (underrated) dalam dunia bola sepak selepas dia terlepas senarai 30 finalis Ballon d’Or 2024 yang lalu.

Pemain Mesir itu juga terlepas daripada senarai dalam kategori penyerang, yang termasuk pemain seperti Bukayo Saka, Harry Kane, Erling Haaland, Ollie Watkins, Lionel Messi, Cristiano Ronaldo dan Ademola Lookman.

Secara keseluruhan, 22 penyerang telah disenaraikan dalam senarai pendek tiada nama Salah walaupun menjaringkan 24 gol dan melakukan 12 bantuan untuk Liverpool, ditambah 12 lagi penglibatan golnya untuk Mesir.

Mo Salah kini menjadi pemain Afrika yang sangat prolifik di dalam liga utama eropah. Dan sejak musim lalu, Salah sudah menyumbang kepada 60 gol – assist dan gol.

https://x.com/footballontnt/status/1862534527190437996

https://x.com/footballontnt/status/1862534527190437996

Selain daripada Mo Salah, ketiadaan nama Lautaro Martinez juga menjadi perdebatan peminat. Kerana menurut mereka pemain itu cemerlang memenangi trofi bersama Inter Milan dan kemudian membantu Argentina menjuarai Copa America.

Berikut senarai calon Pemain Lelaki Terbaik FIFA 2024:

Dani Carvajal – Real Madrid
Erling Haaland – ManCity
Federico Valverde – Real Madrid
Florian Wirtz – Bayer Leverkusen
Jude Bellingham – Real Madrid
Kylian Mbappe – Paris Saint-Germain/Real Madrid
Lamine Yamal – Barcelona
Lionel Messi – Inter Miami
Rodri – Man City
Toni Kroos – Real Madrid (kini bersara)
Vinicius Jr – Real Madrid