Kita sering menghakimi perwatakan seseorang dari luaran tetapi realitinya ia tidak sebaik yang disangka. Anda akan lebih mengenali seseorang apabila sudah bekerja atau berkawan di dalam kehidupan sebenar.

Menerusi perkongsian sebuah akaun X, individu telah mendedahkan sisi gelap seorang pempengaruh wanita yang dikatakan bukan sahaja menganiaya pekerja malah menunggang agama demi meraih kehidupan mewah.

Taobao
HYPE
Raya Extra Meriah! 5 Dekorasi DIY Dari Taobao Wajib Ada Untuk Rumah Anda!
Baca lagi →
Pempengaruh Wanita Ini Digelar Sebagai Bos Dari Neraka Dan Penunggang Agama?
Sumber Gambar: X

Pempengaruh yang dimaksudkan adalah Aisyah Hijanah yang mana ketika ini telah direman untuk siasatan kes salah guna wang derma yang diterima orang ramai menerusi satu platform derma.

Menurut tangkap layar yang dikongsikan, AH didakwa bersikap toksik apabila memecat pekerja sesukat hati bak ritual tahunan pula. Lebih teruk lagi, pempengaruh ini turut dikatakan enggan memberi gaji penuh kepada pekerja yang sudah berhenti dengan memberi pelbagai alasan.

“Staff memang sentiasa keluar masuk….dah jadi macam ritual setahun sekali dia dah akan pecat staf. Kalau tak pecat pun, dia akan buat macam-macam alasan supaya staf berhenti sendiri.

“Bila dah berhenti, dia akan cuba untuk tolak gaji pulak staf dengan berbagai alasan mengarut yang tak masuk akal… Selagi boleh tolak, dia memang akan tolak,” tulisnya lagi.

Dalam pada itu, AH juga dikatakan bersikap kasar dengan pekerjanya di mana kerap memaki hamun dan menjerit di dalam pejabat. Difahamkan sebahagian pekerja miliki rakaman suara ketika kejadian namun takut disaman oleh pihak majikan. kerana  Jauh sekali perwatakan AH di dalam media sosial dan dunia realiti.

Pempengaruh Wanita Ini Digelar Sebagai Bos Dari Neraka Dan Penunggang Agama?
Sumber Gambar: X

Perkara ini dikuatkan lagi dengan maklum balas daripada bekas pekerja rekaan grafik yang mengatakan organisasi milik AH sangat porak-poranda dek kerana persekitaran kerja yang toksik dan juga tidak menghormati antara satu sama lain.

Selain daripada itu, AH juga dikatakan menunggang agama demi kepentingan peribadi. AH sering memperlihatkan gaya hidup mewahnya di media sosial dengan mendakwa ia hasil titik peluhnya.

Sebelum ini, dia pernah dibidas menjual buku healing yang isinya terlalu ringkas namun dijual pada harga puluhan ringgit kepada golongan muda. Paling terkini, dikaitkan dengan kes seleweng duit menerusi pelbagai siri kutipan derma beberapa tahun lalu.

Dia dengan imej agamawannya memang terbukti berjaya melariskan jualan serta meraih kutipan mencecah jutaan ringgit.

Susulan pendedahan itu, netizen meluahkan rasa terkejut mengetahui perwatakan figura terkenal itu yang selalunya tampak baik di khalayak ramai tapi realitinya tidak seperti itu.

Bagaimanapun, anda perlu mendengar cerita daripada kedua-dua belah pihak untuk menentukan sama ada kenyataan itu sahih atau pun sebaliknya.