Jika terdahulu Mechamato berjaya menbuat anak-anak di Jepun tergila-gila dengan kuih karipap, kini mereka pula jatuh hati dengan kuih pisang goreng yang biasa dimakan oleh kita.
Terbaharu, seorang individu dari Malaysia yang berkerja sebagai koordinator hubungan antarabangsa di Jepun berkongsi pengalaman beliau mengajar cara menyediakan kuih tradisional iaitu pisang goreng untuk pelajar sekolah rendah di Hioki City.
Baca Juga:
- Kanak-Kanak Jepun Mula ‘Gilakan’ Karipap Selepas Tonton Filem Mechamato
- ‘Besar Tapi So Lemah’ – TikToker Korea Akui Durian Malaysia Lebih Sedap Daripada Thailand
Kanak-kanak terbabit diberikan peluang melakukan penyediaan goreng pisang dengan bahan-bahan yang disediakan. Sebagai dekorasinya, mereka juga diberikan beberapa topping seperti cokelat bersama manisan sprinkles.
Ternyata, mereka sangat menyukai kuih tersebut dan asyik memuji kesedapannya. Memang boleh dilihat terpancar keseronokan di wajah mereka untuk mempelajari keunikan kuih tradisional di Malaysia.
Di akhir sesi kelas itu, mereka beramai-ramai bersorak mengatakan mahu datang ke Malaysia. Lelaki ini pun sangat teruja mengetahui kanak-kanak di negara Jepun sangat menyukai makanan tradisional Malaysia.
@tinggai.kat.jepun Ajar anak-anak Jepun buat Pisang Goreng #Japan #Hioki #Malaysia
Sementara di ruangan komentar, ramai netizen Malaysia yang gembira dengan reaksi kanak-kanak di sana dan sempat meminta lelaki itu untuk mengajar lebih banyak resepi tempatan sebagai pendedahan.


Siapa sangka kuih tradisional lokal pada satu hari nanti dapat menarik minat warga luar seperti negara matahari terbit itu untuk melancong ke sini?