Tanggal 21 Julai 2024 bukan sekadar merupakan hari ulang tahun kelahiran yang ke-18 buat Endrick Felipe Moreira de Sousa tetapi ada perkara lebih besar buatnya.
Hal ini kerana penantian panjang penyerang muda itu untuk bergelar pemain Real Madrid sudah pun berakhir atau lebih tepat lagi 584 hari selepas beliau menandatangani kontrak bersama Los Blancos.
Baca Juga:
- Gelombang Kehadiran ‘Ubi’ Brazil Ke Chelsea Cetusan Idea Bekas Pemain Import Perak
- Harimau Malaya Bakal Diperkuatkan Bekas Penjaga Gol Real Madrid
- Presiden LaLiga: Kehadiran Mbappe Bukan Jaminan Real Madrid Bakal Dominasi Semua Pertandingan
Perjanjian dicapai antara Endrick, Real Madrid dan kelab lamanya, Palmeiras telah dimeterai kira-kira setahun setengah yang lalu (15 Disember 2022).
Namun seperti diketahui, syarat Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) tidak membenarkan perpindahan antarabanga melibatkan pemain di luar Eropah dibawah umur 18 tahun menghalang Endrick untuk tiba ke Madrid dengan lebih awal.
Perkara itu turut sama dihadapi oleh pemain-pemain Real Madrid dari Brazil seperti Vinicius Jr, Rodrygo Goes dan Reinier Jesus.
Menurut sumber laporan AS, majlis memperkenalkan pemain yang telah menjaringkan 21 gol dalam 82 penampilannya bersama skuad senior Palmeiras itu akan diadakan pada Sabtu ini di Santiago Bernabeu.
Walaupun pada usia muda, Endrick bakal menggunakan jersi bernombor 16 dimana pemain terakhir yang memakai nombor tersebut ialah Alvaro Odriozola (kini bersama Real Sociedad).
Sehari selepas majlis tersebut, beliau akan turut serta bersama skuad Real Madrid terbang ke Chicago untuk latihan pra-musim jelajah Amerika Syarikat.
Skuad kendalian Carlo Ancelotti itu akan berhadapan dengan AC Milan (1 Ogos), Barcelona (4 Ogos) dan Chelsea berselang tiga hari kemudian.