Apabila usia sudah menjengah 80an, rata-rata sudah memiliki cucu, bahkan ada yang mempunyai cicit.
Bagaimanapun baru-baru ini tular satu video seorang lelaki berusia 80an sedang membaca iqamah buat cahaya mata baharunya.
Baca Juga:
- Masak Roti John & Kambing Gril Di Stesen Minyak, Ini Penjelasan Pihak Pengurusan
- ‘Wajib Bayar, Saya Tak Halalkan’ – Peniaga Hampa Pelanggan ‘Sidai’ Bayaran Tempahan Kek RM535
- Kedai Makan Ini Balas Kritikan Pelanggan Dengan Biadap
Menerusi video yang dimuat naik TikTok @ummimakhapakyob, beliau berkongsi detik manis menimang puteri sulung mereka.
@ummimakhapakyob Kurnian zuriat dari Allah di usia Ayahnya umur 80 tahun, 9.30mlm hari Jumaat 31May2024 Puteri kami dilahirkan
♬ original sound – Ummi Mak Ha Pak Yob – Ummi Mak Ha Pak Yob
“Kurnian zuriat dari Allah di usia ayahnya umur 80 tahun, 9.30 malam, hari Jumaat, 31 Mei 2024 puteri kami dilahirkan,” petik hantaran TikTok itu.
Menjengah ruangan komen, netizen mengucapkan tahniah kepada kedua pasangan suami isteri itu.
Dalam masa sama netizen turut berkongsi pengalaman mengandung dan menimang cahaya mata setelah sekian lama menanti.



Netizen juga kagum melihat Pak Yob tidak nampak seperti 80 tahun kerana nampak jauh lebih muda dan bertenaga.
Tahniah diucapkan kepada Tuan Pak Yob dan Puan Ummi Mak Ha menimang anak pertama.