Umum ramai mengetahui raja buah, durian mengeluarkan bau — ada yang menyukai, ada yang beranggapan ianya bau yang berbahaya.
Baru-baru ini anggota bomba dari Pasukan Bomba London telah dipanggil pada 10.27 pagi tadi (6 Ogos) berhubung laporan pencemaran bau kimia di Redmans Road.
Baca Juga:
- Lelaki Kantoi Curi Durian Di Kebun Orang, Bapa Datang ‘Cover’ Bayar RM10,000
- Varian Baharu Durian ‘Kayangan’ Dijual Pada Harga RM1,000
- Wanita China Belanja RM114 Untuk Durian Duri Hitam Di KL, Rakyat Malaysia Rasa Dia Kena Scam
Bau itu dilaporkan datang dari tempat penginapan pelajar tidak jauh dari jalan raya.

Memetik This Is Local London, beberapa gambar yang dikongsikan di Facebook menunjukkan dua kenderaan polis turut dihantar ke tempat kejadian, dengan dua jentera bomba dan dua unit penyelamat bomba.
Kelihatan juga pita digunakan untuk menghalang bahagian jalan, bertulis “Jangan melintas, Zon Bahaya”.
Bagaimanapun, jurucakap London Fire Brigade telah mengesahkan sumber bau kimia yang dilaporkan itu sebenarnya hanyalah daripada buah durian sahaja.