Berbaki beberapa sahaja lagi sebelum berlangsungnya secara rasmi acara Pameran Udara dan Maritim Antarabangsa Langkawi (LIMA’25), maka semua pegawai bakal melakukan latihan berterusan dalam menyempurnakan aturcara pertunjukan berprestij itu.
Bagaimanapun, penduduk yang tinggal berdekatan lokasi pertunjukan mulai mengadu tentang kerosakan rumah ekoran latihan raptai LIMA.
Menurut laporan Kosmo!, dipercayai kira-kira lima buah rumah mengalami kerosakan pada bahagian tingkap dan siling kediaman masing-masing akibat gegaran yang dipercayai berpunca daripada latihan pertunjukan udara tersebut.
Salah seorang mangsa mendakwa bahawa bumbung rumahnya telah beberapa kali rosak akibat latihan LIMA, dan kali ini merupakan laporan polis pertamanya kerana beliau tidak pasti sama ada beliau berhak menuntut ganti rugi atau tidak.
@aneplgk Kasi share & viral satu kali ? Solution dia bukak tingkap dan kereta ? & Masih nak buat y LAGI KUAT ?? Practice pon dah jd mcm ni . Takdak solution ! Kita kasi viral ! #eventLIMApalingmenyusahkan #Kasiviral #LIMA25
Beberapa video yang tular di media sosial memaparkan keadaan cermin tingkap rumah yang pecah dan siling yang berlubang serta retak.
@farr.nadzri Bom rehearsal hari ni lain mcm smpai pecah tingkap siling rumah bagai . . ! ni gabungan rmh sy & rmh jiran sblh kebetulan abg sy @F U N F O R B R O N T . . #lima2025 #limalangkawi #pecahtingkap #fyp #foryoupage
Malah, beberapa pegawai yang hadir ke kediaman penduduk untuk meninjau kerosakan tersebut menyarankan agar penduduk membuka tingkap rumah dan kenderaan mereka semasa acara berlangsung sebagai langkah pencegahan kerosakan selanjutnya.
Berikutan aduan penduduk, Kementerian Pertahanan memberi jaminan akan meneliti laporan kerosakan tersebut dengan saksama.
Menterinya, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin menegaskan bahawa pihaknya tidak akan memandang remeh isu ini dan akan mengambil tindakan yang sewajarnya.