Tular klip video dirakam oleh penduduk kawasan Puchong di mana kawasan parkir di taman berhampiran disalahgunakan oleh pihak bertanggungjawab.
Menerusi hantaran video TikTok @chcsbuilder, didapati parkir itu dijadikan ‘medan’ untuk pemilik kenderaan beraksi menunjukkan skil masing-masing.
Ada yang membuat ‘donut’, ada yang memecut laju, ada yang membuat bising dengan bunyi ekzos kereta dan motosikal.
@chcsbuilder #puchong #puchongintan #puchongperdana #mbsj #pdrm #pdrmmalaysia
“Sangat sedih melihat taman berhampiran disalahgunakan oleh orang mabuk dan mat rempit remaja waktu malam.
“Polis datang berkali-kali untuk menasihati mereka. Namun mereka masih degil dan enggan beredar. Mereka membuat bising sehingga mengganggu ketenteraman penduduk lain,” ujar TikTok @chcsbuilder.
Malah keadaan makin meruncing apabila mereka dilihat berani ‘mengepung’ pihak polis apabila diminta bersurai.
Penduduk berharap pihak berkuasa dapat tangani masalah sosial tersebut daripada dibiarkan berleluasa sehingga mengganggu ketenteraman awam.