Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Memetik Sinar Harian, pakar Virologi bernama Shi Zhengli berkata, varian tersebut ditemui hidup dalam haiwan kelawar di samping berkongsi ciri mirip dengan virus penyebab pandemik Covid-19 yang melanda dunia sejak dua tahun lalu.
“Ujian menunjukkan HKU5-CoV-2 dapat merebak ke dalam sel manusia melalui cara serupa dengan SARS-CoV-2, malah ia juga boleh menyebabkan risiko tinggi sama ada jangkitan langsung atau hos perantaraan.
“Munculnya virus berkenaan boleh mengundang kebimbangan secara global kerana berkemungkinan akan menyebabkan ancaman lebih besar kepada kesihatan awam,” katanya.
Beliau yang diberi gelaran sebagai Batwoman berkata demikian menerusi penemuan virus HKU5-CoV-2 yang diterbitkan dalam jurnal santifik terkemuka.
Berkaitan varian baharu ini, ia berasal daripada keluarga ‘merbacovirus’ sama seperti Sindrom Pernafasan Virus Korona Asia Barat (MERS-CoV).
Virus berkenaan bakal menyebabkan sejumlah gejala kesihatan yang serius termasuklah batuk, sesak nafas, ciri-birit, demam, muntah dan boleh mengundang maut.
Sehingga kini, pakar kesihatan global menyatakan mereka masih gagal menemui vaksin dalam melawan penyakit berjangkit tersebut. Malah, pakae terbabit memberi sepenuhnya perhatian terhadap kemungkinan acaman penyakit terutama mereka mempunyai sejarah perjalanan ke negara atau kawasan habitat kelawar serta haiwan perantara.
Penyelidik juga memberi amaran, walaupun telah banyak aspek virus berkenaan dikaji namun masih terdapat banyak perkara yang perlu difahami melibatkan bagaimana ia mula merebak dalam kalangan manusia.
Laporan sebelum ini pula mendedahkan penyelidik dari Universiti Yale, sebuah institusi terkemuka di Amerika Syarikat, sedang mengkaji satu sindrom baharu yang dikaitkan dengan vaksin COVID-19.
Sindrom ini, yang dinamakan Sindrom Pasca Vaksinasi (Post-Vaccination Syndrome atau PVS), dilaporkan menyebabkan simptom seperti kabut otak, pening, telinga berdesing, dan intoleransi terhadap senaman