Beberapa orang daripada kita memilih untuk mengembara jauh untuk merasai pengalaman melihat Galaksi Bima Sakti (Milky Way). Namun, siapa sangka langit di belakang rumah kita juga mampu untuk memberikan sesuatu yang ajaib.
Semalam kami menghabiskan masa selama hampir 8 jam di sekitar Kuala Kubu Bharu, kawasan yang terkenal dengan gunung ganang, sungai yang jernih, udara yang nyaman dan jalan untuk menuju ke Fraser Hill. Namun tidak semua tahu bahawa langit Kuala Kubu Bharu, mampu memberi anda satu pengalaman yang luar biasa.
Turut bersama kami, iaitu Putra Othman, lelaki berusia 28 tahun, mempunyai minat yang mendalam tentang ilmu astrofotografi. Dia telah membawa kami ke satu kawasan gelap di tepi jalan untuk mengambari langit Kuala Kubu Bharu dan rasai sendiri pengalam luar biasa berbumbungkan bintang-bintang.
Dia yang mempunyai minat dalam bidang fotografi telah mula meneroka ruang angkasa sejak 2013 dan semuanya berlaku dengan secara spontan, “Aku mula minat ambil gambar bintang waktu di Pulau Perhentian pada 2013, semua mula dengan random, aku keluar kamera, setting apa yang patut dan hasilnya buat aku mula teroka ruang angkasa sehingga sekarang,” katanya.
Jadi, jom kita layan beberapa gambar yang diambil oleh Putra ketika dia membawa kami mengembara ke Galaksi Bima Sakti di kaki langit Kuala Kubu Bharu dan juga beberapa keping gambar yang diambil oleh Putra sebelum ini.
Putra Othman, individu yang mengambari setiap momen penting yang berlaku di ruang angkasa.Konjungsi diantara gugusan bintang Pleiades, planet Zuhrah dan Bulan.Walaupun mempunyai rupa yang sama seperti bintang pada mata kasar, planet dapat dibezakan dengan saiz yang lebih besar dan mempunyai kecerahan lebih tinggi dari bintang biasa seperti planet Marikh di rajah atas.Gambar yang diambil sekitar jam 12:00 tengah malam di salah satu kawasan perkampungan orang asli di Kuala Kubu Baharu.Bima Sakti/Milkyway merupakan galaksi/umah di mana sistem suria kita berada. Bila berada di kawasan yang gelap serta tanpa gangguan cahaya, Bima Sakti dapat dilihat dengan penampakan seperti awan yang terbentang dilangit malam.Buruj Cygnus juga dikenali sebagai Northern Cross dirakamkan dengan jelas berserta nebula-nya di langit Kuala Kubu kerana kawasan yang kurang pencemaran cahaya serta tanpa gangguan cahaya bulanPantulan buruj Orion dapat dilihat di atas permukaan tasik empangan.Tanpa menggunkan peralatan yang canggih, dengan hanya menggunakan lensa 85mm, imej -imej malap di buruj Orion dapat dipotretkanGalaxy Andromeda adalah galaksi jiran kepada galaksi kita iaitu Bima Sakti. Walaupun berjarak 2.5juta tahun cahaya dari bumi, galaksi ini masih dapat dirakamkan dengan menggunakan lensa yang sesuai di kawasan yang kurang gangguan cahayaPotret yang diambil dengan membelakangi bintang-bintangGambar meteor melintasi Musytari yang berjaya ditangkap.Lintasan Komet C/2020 f8 (SWAN) dirakamkan di langit Kuala Kubu pada waktu subuh.Putra turut berkongsi gambar hujan meteor Lyrids yang diambil pada April tahun ini.Imej komposit Hujan Meteor Perseid yang berlaku pada 13 Ogos 2018. Hujan Meteor Perseid yang berasal dari komet Swift-Tuttle mampu menghasilkan sehingga 100 juraian meteor ketika waktu puncaknya .Penggunaan lensa telefoto juga teknik yang berlainan dapat memberikan perspektif baru gambar langit malamRho Ophiuchi Cloud Complex merupakan Sistem bintang yang terletak di buruj Ophiuchus.walaupun hanya mempunyai keterangan magnitud 4.63, dengan menggunakan lensa dengan bukaan apertur yang besar serta langit yang kurang pencemaran cahaya, gambar sistem bintang ini tidak mustahil untuk ditangkap.Teknik star trail dapat menunjukkan pergerakan bintang-bintang di langit malam.Salah satu meteor yang juga dikenali sebagai “tahi bintang berjaya dirakamkan pada 13 ogos 2018 ketika berlakunya hujan Meteor Perseid.Dengan menggunakan teknik panorama, bahagian Bima Sakti yang luas dapat dirakamkan dengan jelas.Langit malam tanpa gangguan cahaya membolehkan imej Bima Sakti dilihat dengan lebih jelas dan terperinci
Buat anda yang mahu melihat hasil kerja Putra atau mahu belajar dengan dia cara-cara mengambil gambar astrofotografi, sila ke laman Instagram peribadinya, @putraothman.
Kuala Kubu Bahru terkenal dengan tempat hiking yang cantik dan terbaik. Untuk anda yang masih tertanya-tanya mahu hiking ke mana, sila klik pautan di bawah untuk melihat 10 lokasi treking dan hiking yang ‘best’ di Malaysia.