Penganjur acara Pride Ride yang bertemakan pelangi L**T umum batalkan tema acara tersebut.

Sebelum ini penganjur membuatkan ramai rakyat Malaysia terkejut dengan pengumuman tema acara tersebut di Malaysia.

Islam adalah agama Persekutuan Malaysia

Memandangkan negara Malaysia adalah negara yang menjadikan Islam sebagai agama persekutuan Malaysia.

Dipetik daripada laman MyGov: “Perkara 3, Perlembagaan Persekutuan menyatakan bahawa “Agama Islam ialah agama bagi Persekutuan; tetapi agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana bahagian Persekutuan.

“Perkara 11 mengenai Kebebasan Ugama pula menyatakan: ‘Tiap-tiap orang adalah berhak menganuti dan mengamalkan agamanya dan tertakluk kepada Fasal (4), mengembangkan agama-agamanya.

“Ini bermakna walaupun Malaysia telah mengisytiharkan Islam sebagai agama rasmi, penduduk Malaysia yang terdiri daripada pelbagai keturunan dan kepercayaan, bebas mengamalkan kepercayaan masing-masing.

“Kebebasan ini membentuk perpaduan yang kukuh antara kaum dan ini telah dibuktikan dengan keamanan yang dikecapi oleh rakyat Malaysia selama ini.”

Penganjur dengan berani anjurkan acara tema pelangi

Tindakan penganjur yang dengan terbuka mahu menganjurkan Pride Ride itu sempena meraikan golongan pelangi, telah menimbulkan kontroversi.

voodo

Ramai yang mengecam penganjur sebagai tidak sensitif dan sengaja bermain dengan api.

Budaya songsang itu bukan sahaja dilarag dalam agama Islam, malah turut ditegah dalam agama dan budaya masyarakat lain berbilang bangsa di Malaysia.

Penganjur batalkan tema pelangi

Tidak lama selepas itu, penganjur memutuskan untuk membatalkan acara tersebut. Dan memohon maaf jika ada mana mana pihak yang tersinggunng.

“Kami meminta maaf di atas pembatalan tema acara berbaskal yang dijadualan pada bulan ini.

“Ianya bukan niat kami untuk menyinggungg mana mana pihak dengan acara tersebut. Dan kami benar benar meminta maaf jika menyinggung atau menyakiti sesiapa.

“Jika kamu rasa tersinggung, ketahuilah bahawa itu bukan niat kami. Mengharapkan kedamaian dan cahaya. Kekal sihat dan terus bergerak.”

batal