PDRM melancarkan siastan ke atas penganjur himpunan kibar Jalur Gemilang di pekarangan Dataran Menara Condong, Teluk Intan kerana tiada permit.

Kehadiran peserta himpunan tersebut dipercayai sebagai respon berikutan tular video kibaran bendera China di kawasan tersebut sebelum ini dalam sebuah festival.

Penganjur festival tersebut sudah meminta maaf dan menganggap mereka tidak pernah menyuruh peserta mengibarkan bendera China atau negara lain.

Kemudian satu lagi himpunan dibuat, kali ini melibatkan kibaran Jalur Gemilang.

Menurut Harian Metro, Ketua Polis Perak, Datuk Azizi Mat Aris perhimpunan itu anjuran gabungan badan bukan kerajaan (NGO) serta dihadiri pimpinan Pas Perak dan penduduk setempat.

Di mana seramai kira kira 300 peserta menyertai himpunan itu dari pelbagai peringkat umur sambil mengibarkan jalur gemilang.

@sinarharianonline

Lebih 300 kibar Jalur Gemilang di Menara Condong Teluk Intan Dianggarkan lebih 300 orang berkumpul di Dataran Menara Condong Teluk Intan susulan pengibaran bendera negara China dalam sambutan Guan Gong Sedunia, Khamis lalu, lapor wartawan Sinar Harian, Noor Ainon Mohamed Yusof. Tinjauan Sinar Harian mendapati pengunjung mula berkumpul bermula jam 5 petang pada Sabtu mengibar Jalur Gemilang sambil menyanyikan lagu-lagu antaranya Negaraku, Jalur Gemilang dan Saya Anak Malaysia simbolik rasa patriotik dan kecintaan kepada negara Himpunan beramai-ramai itu turut dihadiri Pesuruhjaya Pas Perak, Razman Zakaria sebagai tanda sokongan inisiatif orang ramai. Acara yang berlangsung selama sejam 30 minit itu kemudiannya berakhir dengan bacaan doa Wehdah dan Qunut Nazilah. #sinarharian #60saat #menaracondong #telukintan #jalurgemilang

♬ original sound – Sinar Harian – Sinar Harian

Hasil siasatan awal mendapati Pesuruhjaya Pas Negeri Razman Zakaria turut memberi ucapan di hadapan peserta himpunan tersebut yang mengibarkan Jalur Gemilang diiringi lagu-lagu patriotik.

Azizi berkata: “Hasil semakan mendapati, penganjur perhimpunan terbabit tidak menghantar pemakluman kepada pihak polis bagi mengadakan perhimpunan. Kes disiasat mengikut Seksyen 9(1) Akta Perhimpunan Aman 2012.

“Pihak yang terlibat akan dipanggil untuk dirakam percakapan bagi menjalankan siasatan lanjut.”