Seorang individu yang didakwa sebagai penganjur kepada Honda Day 2024 telah dituduh hipokrit dan membuat hantaran yang memakan diri.

Sebelum ini dia pernah mengutuk sekumpulan pemilik Honda yang masak dan makan mi segera di stesen minyak sebagai memalukan bangsa Honda.

Dia malah menyuruh pemilik pemilik Honda tersebut agar pandu Axia sahaja daripada memalukan pemilik Honda yang lain.

Individu tersebut berkata: “Bodoh nak mampus, kerana beberapa ekor beruk monyet, rosak nama Honda. Pakai Axia lagi baik. 5 Oktober depan, Honda Day Malaysia 2024, stand by.”

Penganjur Honda Day 2024 Pernah Suruh Mereka Yang Rosakkan Nama Honda Supaya Pakai Axia Sahaja

Netizen menganggap hantaran tersebut memakan diri. Kerana kali ini giliran dia pula memberikan aib kepada bangsa H.

Ini selepas dia dianggap individu yang bertanggungjawab dalam memilih hadiah untuk pemenang cabutan bertuah sempena Honda Day Malaysia 2024.

Semalam netizen troll Honda Day 2024 kerana hadiah kereta Honda lama yang kusam dan didakwa dibeli di Marketplace dengan harga sekitar RM3,500 sahaja.

Sedangkan penganjur dipercayai mendapat ratusan ribu daripada penjualan t-shirt kepada para peserta yang hadir dan mereka yang menyokong acara tersebut.

Netizen Troll Hadiah Cabutan Sempena Honda Day 2024

Malah ramai netizen yang menyindir bahawa acara RXZ Member lagi berbaloi daripada Honda.

Penganjur Honda Day 2024 Pernah Suruh Mereka Yang Rosakkan Nama Honda Supaya Pakai Axia Sahaja

Ada juga yang turut berkongsi hadiah acara memancing yang jauh lebih baik daripada kereta yang dimenangi oleh pemenang cabutan bertuah Honda Day.

Ada di kalangan perserta Honda Day 2024 mendakwa cabutan bertuah tersebut turut ‘sidai’ mereka sampai ke tengah malam.