Penganjur Honda Day Malaysia 2024 akhirnya menyerahkan hadiah ganti untuk hadiah sebelum ini. Setelah berlaku banyak kontroversi melibatkan pemberian hadiah, akhirnya penganjur memberikan sebuah kereta BMW F30 kepadanya.

Perkara itu diumumkan menerusi Tiktok rasmi pihak penganjur. Di mana Remy Ampang sebelum ini meminta maaf mewakili krew dan urusetia acara Honda Day 2024.

Remy menegaskan dia mahu menjaga nama baik komuniti Honda di Malaysia setelah mendapat cemuhan ramai pihak kerana dituduh lokek dalam memberikan hadiah walaupun sudah mengaut keuntungan besar daripada penganjuran acara Honda Day 2024.

@dugongkuningspoon_

harap yg menang sm4 tu cntct saya cepat , HAHAHAHAHAHAHA#viraltiktok #xyzbca #fyppppppppppppppppppppppp #fypシ #fyp #fypシ゚viral #viral #abgdugongspoon #vios #dugongspoon #abgidoladugongspoon #ncp93 #viosmodifikasi

♬ original sound – DAK_UDE🟡🟡 – DAK_UDE🟡🟡

Remy turut berjanji akan memberikan hadiah ganti untuk kereta tersebut. Dalam kenyataannya semalam, Remy Ampang dan penganjur terpaksa menjadikan kereta Honda SM4 itu sebagai hadiah atas permintaan pihak penaja.

Namun ianya dinafikan oleh penaja yang dimaksudkan. Di mana pihak Black Mafia Garage menyatakan mereka hanya memindahkan wang tajaan untuk hadiah dan selebihnya urusan pembelian kereta adalah dibuat oleh pihak penganjur.

Walaubagaimanapun, segala kekusutan akhirnya terlerai. Kerana hadiah cabutan bertuah, hadiah utama sudah pun ditukar kepada kereta BMW. Yang  disahkan dibeli penganjur bukannya sumbangan daripada penaja.

Pemenang peraduan tersebut akui gembira mendapat hadiah istimewa tersebut. Majlis penyerahan hadiah kereta BMW F30 itu dibuat malam semalam.

@riezuan_099

Sm4 ganti dgn F30 👍🏼👍🏼 Bru mantapp

♬ original sound – riezuan_ – riezuan_

Remy Ampang meminta komuniti Honda Malaysia agar terus menyokongnya untuk terus berbakti kepada mereka.