Netizen berbagi pendapat melihat aksi seorang pengantin lelaki yang menunjukkan jari tengah ketika bergambar atas pelamin.
Pengantin lelaki tersebut menerima hadiah sebuah motosikal RXZ dan sepasang helmet pada hari perkahwinannya.
Ketika kamera mengambil gambar dia dan isterinya, dia tiba tiba mengangkat jari tengah, dan isterinya segera menghentikan perbuatannya itu.
Netizen tidak faham, kenapa pengantin tersebut bergambar dengan cara yang dianggap tidak senonoh pada hari pernikahannya dengan menunjukkan jari tengah.
Lebih lebih lagi di hadapan tetamu yang hadir di situ termasuk ibu bapa dan mentuanya.
“Mentua tak tengok ke?” soal netizen.
Dah biasa tunjuk jari tengah?
Selain itu, ada juga yang menyatakan ia adalah seperti ‘muscle memory’, sesuatu yang menjadi tabiat memang sukar untuk dikawal.
Seorang netizen berkata: “Sayang, di hari yang sepatutnya dia menadah tangan tanda kesyukuran. Dia lebih memilih untuk menunjukkan jari tengah di hadapan semua jemputan. Reaksi spontan apabila sesuatu tabiat sudah menjadi kebiasaan.”
Pendapat tersebut disokong oleh netizen seterusnya yang berkata: “Sudah terbiasa buat macam tu kot sebab itu tak malu tengah bersanding pun rilek angkat jari tengah. Nasib baik ada isteri yang masih jaga adab.”
Yang lain menganggap bahawa lelaki tersebut sebagai ‘major red flag’.
Netizen di X menulis: “Hantaran RXZ tu dah ok bang, jari tu pula macam itu. Malulah dekat bini tu.”
Hantaran rxz tu dah okay dah bang. Jari tu pulak macamtu. Malu kat bini tu 😢 pic.twitter.com/imfbBkXac3
— kamaghul deghaman (@kamaghul) May 27, 2025
Mereka juga mengingatkan pengantin lelaki tersebut bahawa dia harus berasa malu, kerana baru berkahwin dan kena tegur dengan isterinya.
Jelas sekali isterinya juga sangat terkejut melihat kelakuan suaminya itu pada hari penting mereka di hadapan hadirin yang ada.
Tidak kurang juga yang melabel pengantin lelaki tersebut sebagai rempit.
“Kau nak expect apa daripada orang rempit macam ini,” tulis netizen lagi.
“Aku yang lelaki ni pun tak faham, jenis ada yang suka tunjuk f*** [jari tengah] masa bergambar, seseorang tolong jelaskan,” tulis seorang lagi netizen.