Seorang pengarah syarikat pastri yang membekalkan 366 sandwich pelbagai jenis di sebuah kedai serbaneka di Universiti Malaya telah dihadapkan ke mahkamah atas petuduhan berkaitan logo halal.
Kes tersebut menjadi tular di media sosial dan menimbulkan kemarahan ramai pihak.
Pengarah syarikat pastri, Shake and Bake Cafe Sdn Bhd, Ewe Sarn Yeun didakwa di dua Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas 12 pertuduhan menggunakan logo halal palsu supaya makanan itu boleh dimakan orang Islam, awal bulan ini.
Ewe yang merupakan permastautin tetap (PR) Amerika Syarikat telah menimbulkan kemarahan ramai pihak kerana produknya didakwan menggunakan logo halal palsu.
Petuduhan ke atas Ewe dibacakan jurubahasa di hadapan Hakim Dr Sharliza Warnoh dan Noor Ruzilawati Mohd Nor.
Dipetik daripada laporan Harian Metro, enam pertuduhan, melibatkan kesalahan menawarkan untuk membekalkan 366 produk makanan sandwic membabitkan enam perisa yang diperihalkan dengan menggunakan logo halal Malaysia.
Ianya untuk menunjukkan makanan itu boleh dimakan orang Islam dengan cara bertentangan dengan Perenggan 4(1) Perintah Perihal Dagangan (Perakuan dan Penandaan Halal) 2011.
Produk makanan itu membabitkan 50 Mixed Tuna Sandwich, 43 Mixed Potato Sandwich, 77 Mixed Chicken Sandwich, 74 Egg Mayo Sandwich, 66 Ham & Cheese Sandwich dan 56 Chili Crabstick Sandwich.
Semua kesalahan itu dilakukan di Shake and Bake Cafe Sdn Bhd, Sunway Damansara, kira kira pukul 12.50 tengah hari, 10 Januari lalu.
Justeru, Ewe kini berdepan dengan denda maksimum RM100,000 atau penjara tidak melebihi 3 tahun, atau kedua duanya sekali megikut Perenggan 8(b) perintah yang sama yang boleh dihukum di bawah Perenggan 8(B).
Bagi kesalahan kedua dia boleh didenda tidak melebihi RM250,000 atau dipenjarakan maksimum lima tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Ewe mengaku tidak bersalah di atas enam pertuduhan yang sama ke atasnya, di atas kesalahan di lokasi, tarikh dan waktu sama mengikut Perenggan 4(1) Perintah Perihal Dagangan (Perakuan dan Penandaan Halal) 2011.
Pertuduhan yang membuatkan Ewe berdepan denda maksimum RM200,000 manakala bagi kesalahan kedua atau berikutnya, didenda tidak melebihi RM500,000, jika sabit kesalahan.
Ewe juga turut mengaku tidak bersalah di atas satu pertuduhan menggunakan cap dagangan berdaftar iaitu logo halal Malaysia pada 366 bungkusan sandwic itu di lokasi, tarikh dan waktu yang sama.
Dengan itu, Ewe dan Shake and Bake Cafe didakwa mengikut Seksyen 100 Akta Cap Dagangan 2019 (Akta 815).
Sementara, Seksyen 102(1)(c) akta sama yang boleh dihukum Seksyen 102(1)(i) dan Seksyen 102(1)(ii) akta sama bagi pengarahnya.
Bagi Seksyen 102 (1)(i) Ewe dan sya rikatnya berdepan dengan denda maksimum RM15,000,
Manakala Seksyen 102 (1)(ii) memperuntukkan denda sehingga RM10,000 bagi setiap produk yang menggunakan cap dagang berdaftar tersebut secara salah, atau hukuman tidak lebih tiga atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.
Timbalan Pendakwa Raya Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Shafiq Mahadi dan Hakiim Izani telah mencadangkan jaminan RM60,000 bagi setiap pertuduhan.
Selain itu tertuduh juga dicadangkan untuk menyerahkan pasportnya kepada mahkamah dan melapor diri di pejabat KPDN, Putrajaya, sekali sebulan sehingga kes ini selesai.
Ini kerana barisan pendakwaan mempertimbangkan bahawa kes ini berkaitan dengan kepentingan awam.
Selain itu pihak pendakwaan mahu kes ini dijadikan pengajaran oleh pembekal lain agar tidak melakukan kesalahan serupa di masa akan datang.
Peguam yang mewakili Ewe, Hamdan Hamzah meminta ikat jami sebanyak RM120,000 sahaja untuk kesemua petuduhan.
Hal ini kerana reputasi Ewe yang bagus dan sentiasa memberikan kerjasama kepada KPDN sepanjang siasatan.