Pengurus Leicester City, Ruud Van Nistelrooy dikatakan tidak gembira dengan pengaruh besar dimiliki bintang kelab tersebut, Jamie Vardy.

Berada di King Power Stadium sejak 2012, Jamie Vardy merupakan sebahagian daripada sejarah Leicester City yang muncul juara English Premier League (EPL) 2015/16 dan Piala FA 2020/21.

Baca Juga:

Bukan itu sahaja, malah penyerang veteran itu juga dikatakan mempunyai hubungan yang cukup rapat dengan pemilik kelab iaitu Aiyawatt Srivaddhanaprabha.

Satu keadaan yang nyata tidak begitu disenangi oleh pengendali kelahiran Belanda itu berhubung perkara tersebut.

Suara Vardy Lebih Didengari Berbanding Nistelrooy

Hal ini kerana menurut sumber laporan Goal bahawa Srivaddhanaprabha atau dikenali dengan panggilan ‘Top’ lebih mendengar kata Vardy berbanding Van Nistelrooy.

Situasi tersebut disifatkan sebagai satu keadaan yang boleh mencetuskan ketegangan dalam kerja di belakang tabir pasukan.

Pengaruh Vardy dikatakan bukan sahaja memberi kesan kepada Van Nistelrooy, tetapi juga menimbulkan ketegangan dengan Pengarah bola sepak Leicester, Jon Rudkin.

Struktur pengambilan keputusan kelab juga dilaporkan semakin berubah dengan peranan Rudkin dikatakan semakin terpinggir akibat kuasa Vardy yang semakin berkembang.

Ia jelas membuatkan keadaan kelab semakin tertekan dimana Leicester City pada ketika ini terperosok ke tangga ke-19 EPL 2024/25 dengan sekadar mengumpul 17 mata.

Enam perlawanan selepas ini juga amat sukar untuk ditempuhi apabila The Foxes akan berhadapan dengan Chelsea, Manchester United, Manchester City, Newcastle United, Brighton dan Liverpool.

 

Sumber