Pengasas bersama Apple, Steve Wozniak, 73, dimasukkan ke hospital di Mexico City selepas mengalami strok ischemia, lapor Sputnik memetik laporan akhbar Mexico, El Sol De Mexico, pada Rabu.

Wozniak tiba di Mexico City untuk berucap pada Forum Perniagaan Dunia di ibu negara itu pada 4.00 petang waktu tempatan, Rabu. Bagaimanapun, ucapannya dibatalkan “atas sebab perubatan”.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Pada tahun 1976, Steve Wozniak, Steve Jobs dan Ronald Wayne mengasaskan syarikat teknologi multinasional Amerika, Apple, beribu pejabat di Cupertino, California, dan sejak itu telah menjadi antara pengeluar komputer peribadi, telefon bimbit, jam pintar dan komputer tablet terkemuka di dunia.

Jobs, bekas ketua pegawai eksekutif syarikat itu, meninggal dunia pada Oktober 2011 pada usia 56 tahun. – BERNAMA-SPUTNIK