Saham rangkaian diskaun Eco-Shop Marketing Bhd (Eco-Shop). melonjak pada hari penampilan sulungnya pada hari Jumaat ini.

Ia sekali gus menjadikannya Penyenaraian Awam Permulaan (IPO) terbesar di Malaysia bagi tahun ini.

Baca Juga:

Pada masa sama ia telah menjadikan pengasasnya seorang bilionair terbaharu di Malaysia.

Memetik Bloomberg, saham Eco-Shop melonjak setinggi 10.6% pada awal dagangan sebelum menyusut sedikit kenaikannya.

Syarikat itu meraih RM974 juta melalui IPO yang menilai syarikat itu sekitar USD1.5 bilion (RM6.3 bilion).

Ini merupakan jumlah tertinggi sejak penyenaraian IPO oleh 99 Speed Mart Retail Holdings Bhd. pada bulan September lalu.

Masa tepat Eco-Shop menyenaraikan IPO
Syarikat Dari Pekan Jementah Kini Bernilai RM7.05 Bilion, Pengasas Eco-Shop Jadi Bilionair Baharu Malaysia
Sumber Gambar: TrendGrnd

Ketua Pegawai Eksekutif, Jessica Ng berkata masa penyenaraian ini dianggap amat tepat.

“Jika kita lihat keadaan ekonomi semasa, model perniagaan kami semakin diperlukan. Kami membantu rakyat memaksimumkan nilai setiap ringgit yang dibelanjakan,” kata Jessica Ng dalam satu temu bual bersama Bloomberg News.

Beliau turut menambah bahawa potensi pertumbuhan pendapatan bagi kebanyakan rakyat dalam tempoh dua tahun akan datang akan memastikan ‘kumpulan pelanggan yang besar’ serta ruang untuk terus berkembang.

Pengendali kedai harga tetap itu merancang untuk menggunakan hasil daripada penjualan saham bagi membuka 70 lagi cawangan pada masa akan datang.

Pengasas Eco-Shop masih bekerja dari Pekan Jementah
Syarikat Dari Pekan Jementah Kini Bernilai RM7.05 Bilion, Pengasas Eco-Shop Jadi Bilionair Baharu Malaysia
Sumber Gambar: The Edge Malaysia

Ditubuhkan oleh Lee Kar Whatt dan rakan-rakannya pada tahun 2003, Eco-Shop kini telah berkembang kepada 350 cawangan di seluruh Malaysia.

Lee yang akan memiliki pegangan bernilai USD1.15 bilion (RM5.4 bilion) selepas penyenaraian syarikat itu, masih bekerja dari ibu pejabat syarikat itu yang terletak di Jementah, sebuah pekan kecil di negeri selatan Johor.

Memetik Bloomberg lagi, syarikat itu merancang untuk mengembangkan portfolio jenama dalaman mereka, yang kini menyumbang lebih separuh daripada jumlah jualan, bagi membolehkan kawalan yang lebih baik terhadap kos dan kualiti.

Syarikat Dari Pekan Jementah Kini Bernilai RM6.3 Bilion, Pengasas Eco-Shop Jadi Bilionair Baharu Malaysia
Sumber Gambar: Facebook KleverStock.my

Jessica Ng berkata kumpulan itu juga mempunyai mekanisme yang membolehkannya mengekalkan kos produk import pada tahap minimum.

Eco-Shop, yang menjual pelbagai barangan daripada snek, alat tulis hinggalah ke produk pembersihan, mencatat peningkatan keuntungan bersih sebanyak 45% tahun ke tahun kepada RM61.7 juta bagi tempoh tiga bulan berakhir Februari.

Hasil pula melonjak 17% kepada RM736 juta.

Tambahnya lagi, permintaan domestik yang kukuh akan terus membantu rangkaian tempatan seperti Eco-Shop untuk terus berkembang.

Sumber