Seperti dimaklumkan, Pegawai kanan polis berpangkat Deputi Superintendan didakwa di Mahkamah Majistret Ipoh atas pertuduhan membunuh seorang pelajar tingkatan 5 Sekolah Kebangsaan Taman Jati Ipoh, Perak pada hari ini.
Pertuduhan terhadap Mohd Nazri Abdul Razak 44 tahun dilakukan di hadapan Majistret, S.Punitha. Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh kerana kes itu berada bawah bidang kuasa mahkamah tinggi.
Baca Juga:
- Polis Masih Cari Bukti Rakaman Dashcam Insiden Langgar Calon SPM Sehingga Maut
- Raih Lebih 7 Saksi, Adik Zaharif Affendi Dipercayai Dilanggar Oleh Pegawai Kanan Polis
- Keluarga Calon SPM Maut Dilanggar Layak Terima Pampasan Sebanyak RM7,000
“Bahawa kamu pada 15 Disember 2023 antara jam lebih kurang 12.05 tengah hari hingga 12.40 tengah hari, di Jalan Taman Jati 1, berhampiran Sekolah Menengah Kebangsaan Jati, di dalam Daerah Kinta, di dalam Negeri Perak Darul Ridzuan, telah melakukan bunuh dengan menyebabkan kematian terhadap Muhammad Zaharif Affendi Bin Muhd Zamrie.”
Nazri didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum mati atau dipenjara 30 hingga 40 tahun dan sekurang-kurangnya 12 sebatan, jika sabit kesalahan.
Dia bagaimanapun kelihatan tenang sebaik pertuduhan dibacakan. Tiada ahli keluarganya dilihat hadir di mahkamah. Abang mangsa, Zarul Fitri, 29, bagaimanapun tidak dapat menahan sebak ketika pertuduhan dibacakan terhadap tertuduh.
Susulan itu, Mahkamah menetapkan 7 Februari depan untuk sebutan semula kes sementara menunggu laporan kimia.
Dalam kejadian Jumaat lalu, Zaharif maut selepas dipercayai diseret lebih 5 meter oleh kereta yang melanggarnya, ketika dalam perjalanan pulang dari sekolah ke rumahnya di Chemor.
IPOH, 18 Disember – Pengawai kanan polis dituduh di Mahkamah Majistret Ipoh pagi tadi atas tuduhan membunuh pelajar tingkatan 5 di Taman Jati, Ipoh Jumaat lalu.
Malaysia MADANI: Tekad Perpaduan Penuhi Harapan
'Yang sahih di Berita RTM'#RTM #BeritaRTM #MalaysiaMadani pic.twitter.com/v7vClpUhnG
— Berita RTM (@beritartm) December 18, 2023
Bedah siasat di Hospital Raja Permaisuri Bainun mendapati punca kematian disebabkan kecederaan di bahagian dada dan abdomen.