Selepas pengarah asal Guardians Of The Galaxy (GOTG) James Gunn kembali ke kerusi pengarah, penggambaran GOTG 3 akan dimulakan seawal tahun hadapan.
Idea dan jalan cerita asal yang telah dibuat James Gunn akan digunakan kembali. Filem lain Marvel seperti Black Widow dan The Eternals pula akan dimulakan penggambaran sekitar tahun ini.
GUARDIANS OF THE GALAXY, VOL. 3 is now reportedly set to begin filming next year after director @JamesGunn completes work on "The Suicide Squad!" https://t.co/selwKjrJgS pic.twitter.com/ma25pABq2Q
— MCU – The Direct (@MCU_Direct) April 30, 2019
Marvel Studios will begin filming 'Shang-Chi' once 'The Eternals' has wrapped 👊
(via @THR | https://t.co/toIGstpBQO) pic.twitter.com/xKcdG1iG5U
— Fandom (@getFANDOM) April 30, 2019
Watak Marvel yang kurang dikenali ramai, Shang-Chi pula turut akan dimulakan selepas tamatnya penggambaran filem The Eternals. James Gunn terlebih dahulu perlu menyelesaikan tugas sebagai pengarah untuk filem reboot Suicide Squad yang akan memulakan penggambaran tahun ini. Suicide Squad akan ditayangkan di pawagam pada 6 Ogos 2021.
Para pelakon asal GOTG sudah pasti akan kembali melakonkan watak masing-masing. Masih tiada info sama ada Chris Hemsworth akan membuat kemunculan khas atau mengikut pengembaraan para Guardians dalam filem ketiga ini. Kami yakin pasti ramai yang akan lebih teruja jika Thor turut serta dalam projek GOTG 3.