Bermula bulan ini, sudah semakin banyak syarikat telekomunikasi menawarkan servis rangkaian 5G kepada para pelanggan seperti Celcom dan Unifi. Dengan ini, pengguna boleh menikmati akses internet berkelajuan tinggi untuk kegunaan seharian.
Terbaharu, Maxis sudah menfailkan pada Bursa Malaysia yang mengatakan bahawa mereka merancang untuk menyelesaikan proses pengesahan melibatkan perjanjian dengan pihak Januari 2023 kelak.
Baca Juga:
- 5 Tanda Status Kewangan Anda Lebih Baik Daripada Kebanyakan Individu Lain
- Elakkan Diri jadi Mangsa Scam, Ini 12 Pelaburan Emas ‘Trusted’ Yang Patuh Syariah
- Ini Senarai Barang Dan Perkhidmatan Yang Bakal Kekal, Berubah Harga Bermula 1 Mac 2024
Di dalam pengumuman ini juga, pihak Maxis juga menyatakan akan menawarkan servis rangkaian 5G secara komersil selepas itu. Jadi, para pengguna boleh menjangkakan penawaran 5G daripada Maxis ini hanya tersedia pada suku pertama 2023 kelak.
Setakat ini, sebanyak lima syarikat telah menandatangani perjanjian dengan pihak DNB dan kini sejumlah empat syarikat telah mula menawarkan servis 5G masing-masing. Pihak Digi turut menyatakan akan menawarkan servis 5G mereka tidak lama lagi.