Seorang pengguna X melabel layanan diberikan orang Malaysia kepada pelarian sebagai teruk.
Membuatkan netizen yang lain tidak bersetuju dengan pandangannya. Kerana ianya jelas sekali prosedur keselamatan biasa dalam mengendalikan pelarian.
Lebih mengecewakan apabila pengguna X tersebut menyamakan orang Malaysia dengan perangai zi*inis. Dia kemudian menegaskan bahawa senario ini tidak mengejutkan kerana Malaysia melayan mana mana pelarian macam sampah.
Tengok reply dan quotes, betapa lajunya keluar perangai Zionis orang Malaysia, even with Palestinian refugees.
Of course, this is not surprising, sebab memang Malaysia layan mana-mana pelarian macam sampah. https://t.co/c5aGOFKicN
— Mujahid Mansor (@mojasama) October 3, 2024
Segalanya bermula apabila ada segelintir netizen yang menyatakan kemarahan kepada sekumpulan warga Palestin yang mengamuk kerana tidak dibenarkan keluar daripada pusat jagaan mereka.
Dan ianya menyebabkan Mujahid menganggap layanan Malaysia yang sebagai najis kerana tidak membenarkan rakyat Palestin tersebut keluar daripada bangunan tersebut.
Confining them to a building and not allowing them movement is shitty treatment.
— Mujahid Mansor (@mojasama) October 3, 2024
Ramai yang mengecam pengguna X tersebut. Menurut mereka, rakyat Palestin itu dibawa ke Malaysia atas dasar bantuan perubatan dan bukannya melancong. Mereka dijemput dan ditempatkan di hotel yang selesa bukannya diletakkan di dalam khemah tegas netizen.
Jika ada apa apa yang berlaku di luar bangunan tersebut, yang akan menjawab adalah pihak yang membawa mereka masuk untuk rawatan.
Kalau dorang kena serang kt luar kawasan berlindung tu kau nak tanggung ke? Kerja kau hadap hp je manjang ada lah. Perangai sendiri busuk ada hati nak ckp org malaysia zionis.
— πΎπ»πΎπΆ π€πΌ (@izyanfarhanaz) October 4, 2024
Seorang lagi menjelaskan bahawa: “Refugee itu sendiri berasal daripada perkataan refuge iaitu mendapatkan perlindungan. Jadi mereka harus berada di zon untuk berlindung, mereka bukannya pelancong.”
Lagipun menurut mereka mana mana pelarian memang sentiasa ditempatkan di zon khas yang boleh dikawal selia oleh sesebuah negara tempat mereka berlindung.
Yang lain menjelaskan bahawa, melabel bangsa sendiri sebagai zi*nis kerana pelarian yang tidak mahu mengikut prosedur dan membuat kerosakan pada fasiliti bangunan adalah tindakan melampau.
Dan ada yang mengingatkan bahawa kedua dua pihak seharusnya ada rasa simpati itu harus ada pada semua pihak terlibat.
Ada juga yang menjelaskan bahawa, Malaysia sudah membuktikan bahawa negara ini selama ini terlalu lembut dengan pelarian. Buktinya ada di Selayang kata mereka.
Seterusnya ada yang mencabar Mujahid memberitahu negara mana yang membenarkan pelarian untuk pergi keluar sesuka hati.
Yang lain berkata: “Mesti kau ingat kau taip dalam Bahasa Inggeris terus fikir kau bijak.”
Tidak kurang juga yang menegaskan bahawa, walaupun marah dengan kelakuan warga Palestin tersebut bukan bermakna Malaysia tidak simpati dengan negara tersebut. Kerana mereka bukan mewakili keseluruhan rakyat Palestin yang lain.
Malaysia antara negara yang lantang bersuara tentang isu kemanusiaan di Tebing Barat. Dan dengan terbuka menunjukkan sokongan dan bantuan perubatan kepada negara tersebut sehingga sanggup menerbangkan mereka ke Kuala Lumpur untuk rawatan.
Bak kata orang dalam setandan pisang tidak semuanya elok.