Seorang anggota penguatkuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mengalami kecederaan ringan dalam satu operasi penguatkuasaan di ibu kota baru-baru ini.

Kecederaan itu berlaku selepas digigit oleh seorang penjaja tanpa lesen di sekitar kawasan pasar malam di Jalan Tuanku Abdul Rahman, petik portal mynewshub.

Baca Juga:

Menurut kenyataan DBKL, ketika diminta untuk menghentikan perniagaan dan menyerahkan barangan jualan, seorang penjaja melawan lalu bertindak agresif menggigit tangan seorang pegawai penguatkuasa.

Mangsa segera mendapatkan rawatan di klinik berhampiran dan telah membuat laporan polis mengenai insiden terbabit.

Pihak DBKL mengingatkan semua penjaja agar mematuhi peraturan sedia ada bagi mengelakkan tindakan undang-undang.

Pihak berkuasa sedang menjalankan siasatan lanjut dan mempertimbangkan tindakan undang-undang terhadap individu terbabit.

Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai aktiviti perniagaan tanpa lesen diminta untuk melaporkannya kepada DBKL bagi memastikan persekitaran bandar yang lebih teratur dan selamat.

Sumber