Tragedi Putra Heights pada 1 April 2025 lalu telah menyebabkan kira-kira lebih 200 buah rumah terjejas.
Menurut satu laporan, 87 rumah mengalami kerosakan besar melebihi 20 peratus manakala 132 lagi mengalami kerosakan kecil kurang 20 peratus.
Baca Juga:
- Banglo Mewah Putra Heights Dilelong RM3.3 Juta Ini Undang Pelbagai Reaksi Netizen
- Tragedi Putra Heights: Penduduk Anggap Bantuan RM5,000 Kerajaan Tak Cukup
- Tragedi Putra Heights: Petronas Gas Bakal Tanggung Kerugian RM25 Juta
Insiden itu telah menarik perhatian ramai yang simpati ke atas mangsa-mangsa.
Seorang pengurus syarikat insurans tampil menawarkan bantuan daripada segi penginapan buat sementara waktu.
@izzkandar_nordin Jika ada yang terjejas akibat kebakaran di Putra Heights, saya ada sebuah rumah di Cyberjaya untuk tempat tinggal selama 2 bulan sementara menunggu rumah dibaikpulih dan tuntutan gantirugi. Boleh DM untuk yg betul2 memerlukan. Sy hanya nak tolong apa yg termampu. Mohon share kepada yang memerlukan. #KitaJagaKita #putraheights #aidilfitri2025
Menerusi hantaran TikTok @izzkandar_nordin, beliau mempunyai rumah dua tingkat di Cyberjaya yang berlokasi 20 minit dari Putra Heights.
“Jika ada yang terjejas akibat kebakaran di Putra Heights, saya ada sebuah rumah di Cyberjaya untuk tempat tinggal selama 2 bulan sementara menunggu rumah dibaik pulih dan tuntutan ganti rugi.
“Boleh DM untuk yang betul-betul memerlukan. Saya hanya nak tolong apa yang termampu. Mohon share kepada yang memerlukan,” kata TikTok @izzkandar_nordin.
Menurutnya, rumahnya memiliki lima bilik, lima bilik air dan setiap bilik sudah dilengkapi penghawa dingin.
Beliau meminta orang ramai untuk mewar-warkan tawaran itu bagi meringankan beban mangsa tragedi yang betul-betul memerlukan tempat tinggal — lebih-lebih lagi mangsa yang mempunyai ahli keluarga yang ramai, kerana rumah tersebut mempunyai banyak bilik.
Hantaran video itu mendapat pujian daripada netizen. Ramai mendoakan kesejahteraan pengurus syarikat itu.