Memang tidak dinafikan, makin ramai mula meniru idea sate bhalut dari Mark Adam selepas menjadi sensasi di media sosial.

Walaupun begitu, tuan badan sendiri iaitu Mark Adam tidak sesekali melenting sebaliknya mengganggap bahawa semua benda di dalam dunia ini adalah pinjaman semata-mata.

Menjawab pertanyaan netizen berhubung sebuah restoran terkenal yang menjual menu seakan sate bhalut, Mark percaya meskipun konsep resepi diambil namun rasanya berbeza.

“Ya saya nampak, tak ada masalah rezeki masing-masing. Semua benda dalam dunia adalah pinjaman bukan milik kita. Idea boleh ditiru tapi rasa dan kasih sayang akan berbeza,” tulisnya.

Dalam pada itu, Mark turut menulis kapsyen ringkas pada perkongsian berkenaan agar dimurahkan rezeki buat peniaga-peniaga di luar sana.

Dia juga pasti dengan segala perhatian dan kasih sayang yang ditumpahkan dalam pembuatan sate bhalut ini juga tidak boleh ditiru sekaligus bakal memberikan kelainan yang tiada pada produk pesaing lain di dalam pasaran.

Sate bhalut
Sumber Gambar: IG

Terdahalu Mark Adam dikecam teruk ekoran harga sate bhalut yang ditawarkan terlalu mahal dan didakwa tidak berbaloi untuk dibeli.

Namun, dia dengan tenang menerangkan harga yang ditawarkan adalah munasabah berikutan mengambil kira pelbagai kos lain seperti penggunaan bahan mentah premium dan sewa tapak jualan yang tinggi.

Mark Adam juga yakin sate bhalutnya mempunyai peminat tersendiri kerana ramai sahaja yang mengatakan ia memang sedap dan harganya sesuai kerana didatangkan dengan air sekali. Ada juga yang mencadangkan untuk memberi nasi impit bagi menjadikan ia lebih berbaloi di mata orang ramai.

Untuk makluman semua, daging sate Mark Adam adalah daging daging yang premium. Di mana kita ambil daging-daging ini daripada kilang terkemuka yang menghantar daging sate ke restoran, hotel dan pada seorang chef selebriti terkenal,” katanya.

Sumber