Seorang peniaga yang pada awalnya bernada menyindir netizen yang menegurnya supaya menggunakan bekas yang sepatutnya untuk persiapan makanan akhirnya mengikut saranan netizen selepas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mahu menjalankan siasatan terhadap premis tersebut.

Peniaga Tidak Lagi Rendam Sotong Dalam 'Tong Sampah' Selepas KKM Mahu Siasat
Respons pantas daripada KKM. Kredit gambar: Izwan Izzat/X

Ia selepas perkongsian saudara Izwan Izzat tular di Twitter dan menerima respons pelbagai daripada netizen yang lain.

Baca Juga:

Izwan berkongsi video yang peniaga tersebut menormalisasikan penggunakan tong sampah untuk rendam sotong di kedai makannya kerana berkata kedai yang lain pun turut buat perkara yang sama selepas ditegur netizen.

Terkini, peniaga berkenaan telah memuat naik video menunjukkan dia membeli bekas baharu untuk persiapan juadah di kedainya. Nada beliau bercakap juga sudah berubah dalam video tersebut.

@nasilemakkakrose

selesai pembelian tong baru khas untuk sotong #foodcontainer

♬ original sound – nasilemakkakrose – nasilemakkakrose

“Harapnya container ini betul dan sesuai. Saya minta maaf kepada semua yang melihat video saya andai bahasa saya kurang elok sebelum ini. Terima kasih kepada mereka yang memberi nasihat pada saya,” jelasnya.

Netizen juga menyarankan para peniaga makanan lain seeloknya mengambil kursus pengendali makanan supaya aspek kebersihan dan keselamatan makanan sentiasa terjaga.