Identiti penjaga gol baharu Johor Darul Ta’zim (JDT) akhirnya terjawab apabila kelab itu mengumumkan Christian Abad Amat dari Sepanyol sebagai pemain pasukan itu.
Pengumuman pengambilan pemain berusia 18 tahun tersebut dibuat menerusi satu video dimuat naik di laman sosial Johor Southern Tigers semalam.
Video dengan kapsyen ‘New goalie on the block! Welcome Christian Abad Amat’, turut memaklumkan bekas pemain Juvenil B Elche itu akan menyarung jersi nombor 12.
New goalie on the block! Welcome Christian Abad Amat 🔵🔴#HomeOfChampions#ChristianAbadAmat#JDTFamily pic.twitter.com/KKPS4TOrnV
— JOHORSouthernTigers (@OfficialJohor) July 29, 2024
Ini kali pertama JDT mengambil pemain import di posisi penjag gol. Pada usia yang muda, beliau berpotensi menjadi aset bernilai Harimau Selatan sekaligus berpeluang dinaturalisasikan selepas 5 tahun.
Kehadiran Abad Amat bakal memberikan saingan sengit kepada tiga penjaga tempatan dalam skuad JDT iaitu Syihan Hazmi, Farizal Marlias dan Izham Tarmizi.
Difahamkan Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) telah menghapuskan kuota bagi pemain luar untuk saingan di peringkat kelab (ACLE, ACL2, ACGL) bermula musim 2024/2025.
Ini membolehkan skuad kendalian Hector Bidoglio itu membawa masuk lebih ramai pemain import untuk digunakan dalam saingan peringkat Asia meskipun tidak dibenarkan di peringkat liga domestik.
Terdahulu, JDT mengumumkan pemain dari Korea Selatan, Park Jun Heong dan Enzo Lombardo dari Perancis sebagai pemain baharu kelab itu.